31 Dec 2013
26 Dec 2013
Kuih Dorayaki
3 Biji Telur
125 gm Gula Pasir
140 gm Tepung Gandum
1/2 Sudu Teh Baking Powder
1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
18 Dec 2013
Kepak Ayam Madu
6 Ketul Kepak Ayam
1 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Kicap
2 Sudu Besar Madu
1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
Sedikit Lada Hitam & Garam Secukupnya
1) Mula-mula bersihkan kepak ayam dan toskan.
2) Gaulkan kepak ayam bersama dengan semua bahan-bahan di atas. Perapkan selama 1 jam.
3) Setelah 1 jam diperap goreng ayam hingga garing.
4) Angkat dan hidangkan bersama sos cili.
24 Nov 2013
Kek Durian Sedap
Assalammualaikum......
Oleh kerana ctie kebosanan keseorangan di rumah dan en.suami pula kerja, jadi apa lagi ctie pun mulalah memulakan project membuat kek....oleh kerana durian masih ada 3 biji di dapur, datang idea untuk membuat kek berasakan durian. Di samping itu dapat ct membuat pengambaran untuk blog dan juga fb ctie...hihihi...dah macam nak buat filem pula. Sebenarnya durian tu adalah sumbangan daripada BIG BOS ctie...sedekah hasil dusun kepada staffnya. Kek ini ctie namakan KEK DURIAN SEDAP. Ok lah tak nak tulis panjang2...mari kita lihat resepinya.
BAHAN-BAHAN :-
185 gm Butter / Marjerin
150 gm Gula Aising
4 Biji Telur (Gred A) - Asingkan Kuning & Putih
185 gm Tepung Bersebuk Penaik (Self Raising Flour) - Diayak
1 Sudu Teh Baking Powder
125 gm Isi Durian - Dikisar
1/2 Sudu Teh Cream of Tartar
CARA MEMBUATNYA :-
1. Pukul mentega / butter bersama gula aising sehingga putih dan gebu.
2. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan isi durian sehingga habis. Gaul hingga rata.
4. Dalam bekas lain putarkan putih telur bersama cream of tartar hingga kembang dan kental. Kemudian kaup dan gaulkan ke dalam adunan kek tadi menggunakan senduk secara sehala (jangan terlebih gaul) hingga rata.
5. Tuang adunan kek kedalam loyang tang telah di gris dan alaskan dasarnya kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan suhu 175 darjah calcius selama 40 - 50 minit (Bergantung pada oven masing-masing)
6. Uji kek anda dengan mencucuk lidi atau cake taster di bahagian tengah kek jika lidi anda keluar licin bermakna kek anda sudah masak.
7. Hidangakan kek anda dengan menabur gula aising di atas kek anda.
Ok.....Selamat Mencuba.
Boleh juga order pada Ctie Bakery's ye.Harga di jamin berpatutan.
ini lah kek durian yang telah masak...layan gambar di bawah ye.
21 Nov 2013
KEK CAWAN VANILLA
Bahan-Bahannya :-
175 gram Marjerin / Butter
175 gram Gula Kastor
175 gram Tepung Naik Sendiri / Tepung Superfine / Tepung Kek /Tepung Gandum
3 Biji Telur (Gred A)
1 Sudu Teh Serbuk Vanilla
1 Sudu Teh Baking Powder
Cara Membuatnya :-
1. Pukul Marjerin / Butter, Gula Kastor & Telur sehingga sebati, tak perlu kembang sangat. Pukul sama ada guna tangan atau guna mixer selama 1 minit. jangan terlebih pukul pula.
3. Setelah adunan sebati, masukkan kedalam acuan kertas kek cawan seperti gambar di bawah.
4. Bakar adunan selama 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 Darjah Calcius. Untuk mengetahui kek anda sudah masak atau belum, bila anda tekan kek anda ke dalam ia akan naik semula, itu menandakan bahawa kek anda sudah masak. ataupun lagi senang pakai ada cake tester.
20 Nov 2013
Info HALAL
LOLIPOP CAKES
Ctie Bakery's juga menerima tempahan untuk lolipop kek. Berminat boleh pm ctie
HOUSE OF CAKES BY CTIE BAKERY'S
H/P : +6013 - 397 0684
Email : ctiebakerys@gmail.com
FB : House of Cakes by Ctie Bakery's
https://m.facebook.com/HouseofCakesbyCtieBakerys
Instagram : ctie_bakerys
Twitter : @ctzaki84 (ctie_shops)
Blog : http://ctiebakery.blogspot.com/
HARGA :
0 - 100 pcs = rm1.50 / pc
101 - 500 pcs = rm1.30 / pc
501 -700 pcs = rm0.90 / pc
701 - 1000 pcs = rm0.80 / pc
1001 - ke atas = rm0.70 / pcs
19 Nov 2013
CAKES PRICE
Price not include Edible Image and Decorations.
Tq.
Barbie Doll Cakes