Pages

29 Apr 2017

Birthday Cakes by Ctie Bakery's

Fresh Cream & Coklat Ganache

 
    

 
   

 
   

Untuk Tempahan,
WA Ctie Bakery's 0133970684

27 Apr 2017

Kek Record Player

Record Player Cake for Issey
Tempahan daripada Fan Club Geng Issey, 
Pengacara TV3 & Penyampai Radio Hot FM (DJ Radio) 

 
   

Feedback dari pelanggan (Issey HotFM)
 

 
Terima kasih, next time boleh order lg๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Untuk Tempahan,
WA Ctie Bakery's 0133970684


 
 

25 Apr 2017

Birthday Celebration for husband

Birthday Cake untuk suami๐Ÿ˜€
 
    

HINDARILAH ROKOK. Tapi rokok yang ini boleh, sebab ada rasa coklat dan fresh cream๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Tempahan kek sebegini untuk suami anda???
WA Ctie Bakery's 0133970684

20 Apr 2017

Cara buat Cinnamon Rolls (Breads)

Assalammualaikum....

Bersua kita lagi di ruangan resepi ini, baru-baru ini ctie teringin nak membuat roti, memandangkan agak lama juga ctie tak meROTI๐Ÿ˜‚. Jadi 2 hari lepas ctie mula buat project meroti, ingatkan sebelum petang roti siap, last2 tengah malam juga roti cinnamon rolls siap.

Bangun aje pagi dengan semangat yg berkobar-kobar nak mulakan project, sekali bila buka stock dalam pantri..aduhai kecewa sekejap sebab stock muripan dah habis...sob..sob.. (konon2 sedih๐Ÿ˜‚) nak tak nak terpaksa tunda project meroti. Oleh kerana huruf M (malas) besar2 melekat kat dahi & malas nak drive ke kedai(walaupun kedai hanya sejengkal, bak kata org tua๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ) apalagi cik Ctie pun WhatsApp la en.suami minta tolong dia belikan mauripan bila balik dari kerja nanti. Nampak tak betapa tahan malas nya tu๐Ÿ˜ฌ. Finally lepas aje en.suami balik & belikan mauripan apa lagi bermula lah project meROTI Cinnamon Rolls.

Kat sini ctie sertakan resepi dan cara2 nak buat Cinnamon Rolls. Sebenarnya tak susah membuatnya, cuma apa yg penting kita nak kene sabar dan berusahan lah (cewah!! Dah mcm pakar motivasi pula) ok tak nak lengah2 lagi jom kita tengok apa bahan2 yg perlu ada utk buat Cinnamon. Untuk bahan2 ctie xsempat nak snap gambar tapi jangan risau semua bahan2 yang senang aje.

CINNAMON ROLLS CTIE BAKERYS 

BAHAN-BAHAN :
3/4 cwn Susu Segar
1/4 cwn Marjerin / butter (suhu bilik)
3 1/4 cwn Tepung Gandum / Tepung Roti
1 peket (11 gram) Yis Segera @ Mauripan 
1/4 cwn Gula Halus
1/2 sudu teh Garam
1/4 cwn Air Suam
1 Biji Telur

BAHAN FILLING ( INTI) :
1 cwn Gula Perang
1 Sudu Besar Serbuk Kayu Manis (nak letak lebih pun boleh๐Ÿ˜€ ikut suka korang pnya tekak la)
1/2 cwn (115 gram) Marjerin / Butter (suhu bilik)
1/2 cwn Kismis (tapi ctie tak letak, sbb kismis habis stock๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚)

CARA BUAT BAHAN FILLING :
1. Campurkan semua bahan filling dan gaul rata hingga semua sebati (ctie kacau guna senduk kayu aje)
Macam ini lah rupa bahan filling yang telah siap di adun dengan sebati.

CARA BUAT CINNAMON ROLLS :
1. Satukan Air Suam, Gula Halus dan Yis, Kacau & ketepikan dlm 10 minit supaya yis mengembang.
2. Panaskan susu cair di dalam periuk sehingga timbul buih @ hingga mendidih la, kemudian angkat & masukkan 1/4 cwn marjerin, kacau hingga marjerin cair. Ketepikan dan tunggu sejuk.
3. Di dalam mangkuk adunan, satukan 2 1/4 cwn tepung gandum, garam, telur, adunan yis & adunan susu tadi. Kacau sehingga semua bahan sebati (Guna senduk kayu @ guna tangan pun boleh. Ctie guna tangan aje๐Ÿ˜€) kemudian baru masukkan lebihan lagi 1 cwn tepung tadi. Uli hingga semuanya sebati & doh tak melekat di tangan anda.
4. Bila doh telah sebati & boleh ditarik-tarik pindahkan doh & uli (ctie uli dengan tangan aje) selama 1/2 jam. 

Tip : Ctie uli doh dengan memasukkan doh kedalam plastik beras. Proses menguli akan lebih mudah dan doh akan menjadi lembut, lagi satu tangan kita pun tak kotor sangat.

Ini lah rupa doh yang telah siap di uli selama 30 minit. Kemudian tutup doh dengan tuala lembab & rehatkan doh selama 30 minit atau sehingga doh 2 kali mengembang dari doh asal.

Keadaan doh yg telah direhatkan selama 30minit & mengembang sbnyk 2 kali ganda. Tumbuk2 kan doh utk membuang anginnya dan boleh lah di uli.

 

Uli doh dengan penguli & jadikan doh seperti dlm gambar, ketebalan doh lebih kurang dlm 0.5mm

 

Kemudian sapu & ratakan bahan FILLING, Seperti gambar di dalam gambar





Kemudian gulungkan doh (ala mcm korang nak gulung sushi tu) kemudian potong adunan lebih kurang dlm setengah inci dah letakkan dalam loyang pembakar (ctie buat cinnamon roll individual jadi ctie letak adunan dlm acuan cupcake) LIHAT VEDIO YG DI SEDIAKAN


 Ini lah rupa cinnamon toll individual yg telah ctie letakkan dlm bekas cupcake. Kemudian rehatkan adunan ini selama lebih kurang 20 ke 30 minit atau hingga doh kembang.

 

Tararrrr....adunan doh cinnamon rolls telah kembang dan sedia di bakar. Sebelum itu panaskan oven selama 15 minit dahulu dng suhu antara 160 ke 180 darjah calcius (kepanasan oven adalah mengikut kepanasan oven anda, lain oven lain tahap kepanasannya, mngikut oven ctie, hanya mengunakan 170 darjah calcius sahaja)


 Done..ini lh rupa akhir cinnamon rolls yg telah siap dibakar. Enjoy your cinnamon rolls. Kalau nak kuah dia korang boleh aje gunakan apa2 kuah glaze atau caramel yg korang suka (tapi ctie suka makan mcm ni aje ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€)

Ok, dah tengokkan resepi dan cara2 buat Cinnamon rolls. Jadi akhir kata dari ctie selamat membaking & selamat mencuba๐Ÿ˜€. 

Keindahan Kek 3D

Assalammualikum...

Agak lama Ctie Bakery's tidak bersiaran di dalam blog. Alhamdulillah hari ini ctie bersiaran dan insyaallah mungkin lepas ini lebih kerap Ctie akan bersiaran. Sepanjang beberap tahun ini banyak kek-kek yang Ctie telah buat dan jual antaranya adalah kek 3D, pelbagai bentuk, pelbagai gaya yang telah Ctie buat. Di bawah adalah antara kek 3D yg bejaya ctie buat buat pelanggan ctie.

Kek 3D buat Perasmian Club Peminat Artis Tash Yong
 
  


Kek 3D R2D2 
   

Pada anda yang inginkan kek-kek 3D boleh hubungi Ctie Bakery's WA 0133970684 
Atau boleh lawatan 
Instagram : ctie_bakerys
Facebook Pages : House of Cakes by CtieBakery's 
 

Subscribe

Popular Posts