Pages

7 Nov 2017

Banoffe pie step by step

Assalammmualaikum w.b.t & Selamat bersua kembali😜

Kali ni Ctie tergerak mencuba satu resepi Desert yang agak popular di negara barat. Ctie tergerak nak cuba buat desert ni sbb baru2 ni Ctie ada menonton rancangan tv di channel Astro FYI, nama rancangan tu "Food Porn" hahahaha..lucukan nama rancangannya..dah mcm lucah bunyinya...tapi bukan Ctie nak ajar yg bukan2 ye..xmo..xmo..xmo..dosa tau...yang kat atas tu sentiasa memerhati ye😁. Sebelum kita terus ke resepinya ctie nak bagi sedikit info asal usul banoffee pie, sekadar untuk rujukan dan pengetahuan kita bersama.

Banoffee Pie adalah sejenis English Dessert, yang diperbuat daripada bahan utama iaitu Pisang, Krim & Toffe (toffe diperbuat drpd Susu Pekat yang dididihkan sehingga menjadi karamel atau dulce de leche) nama "Banoffe" sendiri adalah daripada gabungan perkataan 'Banana' & 'Toffe' ia berasal dari daerah Jevington, East Sussex di negara United Kingdom. Dessert ini dicipta oleh 2 orang Chef iaitu Nigel Mackenzie & Ian Dowding dari "The Hungry Monk Restaurant" yg juga merupakan pemilik restaurant tersebut. Selain itu bahan utk base atau tapaknya adalah drpd biskut yang dihancurkan  halus digaul sebati dengan butter @ menggunakan pastry doh. Ada juga sesetengah resepi banoffe yang menambah coklat & kopi di dalam resepi mereka. 

Ciptaan pai itu dituntut oleh Nigel Mackenzie dan Ian Dowding, pemilik dan chef, The Monk Restaurant Hungry di Jevington, East Sussex. Mereka mendakwa telah membangunkan pencuci mulut ini pada tahun 1971 dengan meminda resipi Amerika "Pie Toffee Coffee Blum" dengan toffee lembut yang dibuat dengan mendidihkan susu pekat selama beberapa jam. Selepas mencuba pelbagai perubahan termasuk penambahan epal atau oren. Mackenzie mencadangkan pisang dan Dowding kemudian berkata "kami telah berjaya menciptanya dng bahan yang sesuai". Mackenzie mencadangkan nama "Banoffi Pie", dan hidangannya terbukti sangat popular dikalangan pelanggan mereka, dan setiap pelanggan mendakwa "tidak akan dapat menanggalkan hidangan banoffee, didalam setiap menu dessert mereka"

Resipi itu telah diterbitkan dalam "The Deeper Secrets of the Hungry Monk" pd tahun 1974, dan dicetak semula didalam buku masakan "In Heaven with The Hungry Monk" pada tahun 1997.

Resipi itu telah digunakan oleh kebanyakkan restoran lain di seluruh dunia. Pada tahun 1984, sejumlah pasar raya mula menjualnya sebagai pai Amerika, Nigel Mackenzie turut menawarkan hadiah £10,000 kepada sesiapa sahaja yang boleh membantah tuntutan mereka sebagai pencipta desert English tersebut. 

Ini adalah sedikit sebanyak info yang ctie boleh kongsikan asal usul mengenai Banoffe Pai. Ok lah dah agak panjang penerangan yg ctie bagi, sekarang ctie akan tunjukkan bahan dan cara nak membuatnya secara step by step bg memudahkan korang faham nak membuatnya.

BANOFFE PAI ENGLISH DESSERT 

Bahan Caramel :
1/2 tin Susu Pekat
1 sudu besar Butter / Margerin
50gm Gula Perang Halus 

Cara Buat Caramel :
Masak gula perang & butter atas api dapur yang perlahan, sentiasa kacau supaya tidak hagus, kacau sehingga gula cair & larut, kemudian masukkan susu pekat dan kacau sehingga mendidih dan karamel pekat. Setelah masak ketepikan & biar karamel sejuk.
Ni karamel yg ctie dah buay. Maaf ctie lupa nak ambk gambar masa proses membuatnya😂😂


Bahan Kerak / Base :
200gm Biskut Cream Crackers (dihancurkan @ dikisar halus)
50gm Butter (yang di lembutkan dng suhu bilik)
50gm Kacang Badam @ Kacang Tanah (yang dipanggang terdahulu & dikisar halus) 

Cara Buat Kerak / Base :
Panaskan oven suhu 170 darjah Calcius. 
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga semua bercampur dan sebati. Kemudian masukkan dalam loyang atau bekas aluminium. Tekap-tekapkan adunan kerak sehingga padat.
Kerak yang telah siap di tekap padat. Ctie gunakan bekas aluminium bersize tinggi 9" x lebar 6" x tinggi 2 inch. 

Bakar dalam oven selama 10 minit dng suhu 170 darjah Calcius. Dah masak, sejukkan kerak dalam peti sejuk.

Bahan Krim Kastard :
Adalah seperti gambar di bawah,

Cara Buat Krim Kastard :
Satukan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga pekat di atas api serdahana. Sentiasa kacau utk mengelakkan Kastard hangus. 

Masak Kastard sehingga pekat. Ala-ala mcm nak buat kuih talam Kastard tu. Pekat mcm dalam gambar ni ye. Setelah kastard masak biarkan kastard sejuk.

Bahan Krim & Hiasan :
200gm Whipping Cream 
Pisang (ikutlah berapa banyak korang nak letak)
Coklat Masakan (yang disagat)
Keju Cheddar (yg ni xda pun xpe. Ctie letak sbb ctie suka cheese & kebetulan stock cheese ada dlm peti ais😁)

Cara Buat Krim & Cara Susunan Banoffe Pai :

1. Pukul whipping cream dan krim kastard hingga kental. Nak tahu kental mcm mana? Bila korang terbalikkan bekas adunan, krim tu tak jatuh atas kepala korang. Kalau jatuh tu maknanya belum kental lg.
2. Bila krim dah kental masukkan karamel, kalau tak suka nk manis sangat korang bubuh separuh aje karamel tu, dan pukul sekejap, bagi semua bercampur.
3. Gambar 3 tu krim dah siap dan sedia utk di hias sahaja.
4. Potongan pisang ikut cara korang lah..nak potong senget2, bulat2 atau panjang2. Ikut korang lah😜


5. Ambil kerak yang telah disejukkan, sapukan krim pada kerak jng bnyk sngat agak2 ye sbb korang nak melapis lg nnt. 
6. Kemudian susun pisang seperti dalam gambar. Susunan tu xpenting sangat ikut cara korang lah nak susun mcm mana.
7. Kemudian letakkan krim dan ratakan, lakukan proses berulang2 krim, pisang, krim semula, pisang dan seterusnya. Agak2 dah penuh bekas la. Bekas yg ctie guna dapat membuat sbnyk 2 lapisan pisang & 2 lapisan krim. Kira dah ok mcm ni😀.
8. Kemudian taburkan coklat yang telah korang sagat tadi. Ctie tambah cheddar cheese. Sbb ctie pengemar cheese. Kalau tak ada pun tak pe.
9. Kemudian sejukkan Banoffe Pai dlm peti sejuk kurang2 dlm 2 jam. Lg sejuk lagi sedap makan. Dah sejuk boleh hidangkan, tambah 1 scope ais krim vanilla...fuhhhhh... nikmatnya😜😜.

Senang aje nak buat Banoffee Pai ni..apa yang penting rajin & malas aje. Kalau rajin jd lah...xrajin senang aje.. WhatsApp Ctie Bakery's & order aje😜😜. Ok lah apa2 pun ctie harap korang dpt lah sedikit sebanyak info & ilmu yg ctie kongsikan ini. Untuk kita sama2 belajar. Akhir kata selamat mencuba. Kalau nak tanya apa2 soalan atau lain2 resepi korang tinggalkan aje kat ruangan komen tu. Insyaallah nnt ctie balas setiap pertanyaan korang & jng lupa follow Page FB & Instagram Ctie Bakery's.

 

Subscribe

Popular Posts