Pages

4 Feb 2018

Kek Coklat Moist Hanya 1 Minit Dengan Microwave

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Semalam selera makan ctie teringin nak makan kek coklat, jadi nak tak nak ctie kena buat juga..sbb selera tengah membuak2 nak makan😂. Memandangkan lebihan cheese ada dalam peti ais daripada ctie biarkan cheese naik kulat baik ctie habiskan...barulah tak membazir.

Resepi kali ni mudah aje..tak perlu bakar & tak perlu nak kotor2 kan dapur. Hanya dengan masa yang tak sampai 5 minit dah siap kek coklat. Pada yg ada microwave tapi tak tahu nak buat apa dng microwave boleh cuba resepi yang ctie sediakan kat bawah. Yelah ramai dah tahu microwave hanya digunakan untuk panaskan masakan sahaja, sebenarnya banyak lagi kegunaan microwave yg kita tak tahu..salah satunya boleh buat kek tau...ok tak pe lain kali Ctie buat penerangan tentang kegunaan microwave ye😜

sekarang kita berbalik semula pada kek coklat tadi..utk pengetahuan korang, anak2 kecil pun boleh buat resepi ni. Ok jom kita tengok resepi & cara buat yg ctie sediakan kat bawah. 

Kek Coklat Microwave Masak 1 Minit

Masa Penyediaan: 1 Minit

Masa Memasak: 1 Minit

Hidangan: 1 Orang

Setting Microwave: High (600W - 700W)

Bahan Kering :

  • 1/4 cawan tepung serbaguna (Ctie pakai tepung naik sendiri)
  • 1 sudu besar serbuk koko (Ctie pakai serbuk dark koko)
  • 1/4 sudu kecil baking powde(kalau guna tepung naik sendiri tak payah letak)
  • 2 sudu besar gula pasir Halus (nak pakai gula perang pun boleh)
  • 1/8 sudu  kecil garam halus
Bahan Basah : 
  • 1/4 cawan + 1 sudu besar susu segar @ air kopi pekat tanpa gula @ air milo kosong @ air putih biasa pun boleh (Ctie guna air kopi)
  • 2 sudu besar minyak sayuran (minyak masak biasa pun boleh)
  • 1 sudu besar Peanut butter jem @ nutella @ emalco coklat / kopi (Ctie letak peanut butter)

Cara Buat :

  • Dalam mangkuk sederhana, campurkan bahan kering.


  • Masukkan bahan basah ke dalam campuran bahan kering tadi dan kacau sehingga sebati hingga tiada ketulan bahan kering.


  • Tuangkan ke dalam mug @ food containers yg boleh digunakan dlm microwave. (Ctie guna food containers)
Ctie guna food containers

  • Kalau anda nak letak bar chocolate, letak la kat tengah-tengah & tekan ke dalam sedikit (Kalau nak buat lava di tengah2 kek)
  • Setkan microwave kepada 70 saat @ 1 -2 minit dan suhu HIGH / 600W - 700W (lain microwave butang function nya juga lain ye, tapi fungsinya tetap sama)
Ni jenis microwave di rumah Ctie

  • Taaadaaaa~ dah Siap!!
Ctie tambah topping Cheese leleh & parutan keju Cheddar.

Tararrrrr...dh siap sekejap aje tak sampai pun 5 minit tau. Satu adunan dapat makan untuk 2 orang...Ctie dng en.suami berdua aja yg makan😂😂

Okey korang boleh lah cuba ye..yg mana ada microwave kat umah tapi tak tahu nak guna...nah!!!! Boleh cuba resepi ctie ni... Insyaallah jadi punya👍🏼👍🏼 Apa lagi!!!! Cubalah buat.

Jangan lupa follow FB Page & Instagram Ctie Bakery's ye😁😁😜

 

Subscribe

Popular Posts