Pages

29 Sept 2014

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut

Assalammualaikum.....bertemu kita lagi di ruangan ini. Hari ini ctie ingin menunjukan satu lagi resepi yang ctie rasa agak mudah untuk membuatnya, ok resepinya adalah Kek Gula Hangus atau nama lain Kek Sarang Semut. Ramai yang panggil kek sarang semut mungkin kerana tekstur kek ini berlubang-lubang macam sarang semut....hihihihi.....xkisah lah apa nama yg kita panggil asalkan sedap di makan sudah kira ok.....betul takkkk??? Ok tak nak melalut panjang2 sekarang tengok resepinya ok.
 
Ini cara untuk membuat air gula. Ketika masak air gula gunakan api yg kecil bagi   mengelakan air gula hangus. Jika air gula hangus rasanya akan pahit dan kek anda tentulah pahit kan...xpasal2 ke dalam mulut Tong sampah pulak nanti. Lagi satu ctie nak bg peringatan Kepada anda, setelah air gula cair sepenuhnya dan ketika anda ingin memasukkan air panas kedalam air gula pastikan anda masukkan secara sedikit dahulu, kerana bila air di masukkan ia akan memercik dah akan menyebabkan tangan anda melecur jika tidak berhati-hati.
Setelah air gula siap. Anda di minta sejukkan seketika ye air gula tu. Sementara tu boleh la pukul telur smapai kembang dan campur bahan2 lain seperti susu pekat dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. Macam gambar di bawah ni,
Ok setelah semua sebati masukkan pula tepung gandum yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan Baking powder. Kacau adunan sampai semua bahan sebati. Akhir sekali masukkan air gula yang telah disejukkan tadi sedikit2 dan kacau sampai semua bahan serasi bersama...cewahhh gitu. Lepas tu boleh la masukkan dalam loyang pembakar. Jangan heran kenapa Adunan ni cair??? Jangan Di tambah tepung ye, adunan ni Memang cair dan bila dan bakar dan masak dia akan keras ok....so jangan lah ada risau ok. Sambung balik, bakar adunan anda di dalam oven dng suhu antara 160 -180˚C selama 1 @ 11/4 jam, bergantung pada oven anda ok. Alah atau guna cara lama, cucuk kek anda dng lidi kalau tiada adunan yg melekat pd lidi maknanya dah masak lerrr tu.
Tu diaaaaa......nampak tak...nampak tak???? Kek sarang semut dah jadi...nampak tak sarang2nya itu??? Hihihi....sarang je yg tinggal semutnya dah di halau oleh pest control....hehehe. Senangkan nak buatnya...kalau kat rumah anda tak ada hand mixer tak payah la nak guling2 sangat frush menongeng...hihihihi...guna je blander. tp pastikan blander dah cuci bersih ye..kang pedas pula kek anda. Ok akhir kata selamat mencuba ok.
 

Subscribe

Popular Posts