Pages

23 May 2018

Nasi Ayam Penyet Paling Sedap!

Alhamdulillah..hari ini genap 1 minggu umat islam mengerjakan ibadah puasa bagi tahun 2018. Bermakna ini adalah tahun ke-2, Ctie berpuasa tanpa arwah abah. Al-Fatihah buat arwah abah, semoga abah tenang di sisi pencipta kita. Insyaallah suatu hari kita pasti bertemu di sana. Ok, kita lupakan kisah sedih, yang hidup perlu meneruskan hidup “life must go on” . 

Seperti mana tahun-tahun lepas Ctie lebih suka masak sendiri juadah berbuka, dan Alhamdulillah telah 2 tahun Ctie bebas daripada mengunjungi Bazar Ramadhan. Bukan kedekut keluarkan duit, tapi Ctie & En.suami tak suka membazir. Yelah kadang-kadang makanan yang di beli tidak menepati kehendak selera kita. Jadi untuk  mengelakkan pembaziran dari segi wang, mahupun makanan, Ctie & suami memilih untuk masak sendiri. Bila kita masak sendiri terserlah sejuta kepuasan. Di samping itu, kita dapt berbakti pada suami dengan masakkan yang kita masak dari tangan sendiri. Bak kata perpatah “Masakkan seorang IBU / ISTERI adalah makanan yang terbaik di dunia” 

Bila tiba bulan puasa aje mulakan timbul kegusaran pada ibu-ibu dan para isteri-isteri. Setiap hari sentiasa memikirkan nak masak apa untuk juadah berbuka nanti. Begitu juga dengan Ctie, tidak terkecuali. Jadi, tekak Ctie hari ini nak merasa masakkan dari Negara jiran kita, iaitu INDONESIA. Maka, terhasil lah resepi NASI AYAM PENYET PALING SEDAP VERSI CTIE BAKERYS.

Nasi Ayam Penyet adalah makanan khas Indonesia dari daerah Jawa Timur. Pada asalnya makanan ini dibuat dari tempe yang direndam dalam air kaldu dengan bumbu garam dan ketumbar. Tempe tersebut kemudian digoreng dan setelah masak disajikan dengan sambal. Lama kelamaan makan ini telah di olah, di tambah pula dengan ayam dan ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi dan sambal.
Kini ianya cukup popular, bukan sahaja di Indonesia, malahan telah menambat hati rakyat Malaysia.

Kebiasannya bila kita makan di kedai, set hidangan Nasi Ayam Penyet adalah ayam penyet, sambal penyet, tahu dan tempe penyet bersama ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi putih. Nasi ayam penyet ini kesedapannya pula banyak bergantung kepada sambalnya, ayamnya yang di perap dengan rempah dan tahu serta tempe yang juga di goreng berempah. Jika kurang sedap rasa sambalnya maka kurang umpph! lah nasi ayam penyet tersebut.


Banyak kedai makanan yang menghidangkan nasi ayam penyet. Harganya pula dari RM 6.00 hingga ada yang mencecah RM 10.00 untuk satu set hidangan lengkap. Wow! boleh tahan juga harganya kan.. bagi yang makan bersendirian tak jadi masalah.. tapi bagaimana pula dengan mereka yang besar keluarganya.. pasti tercekik leher dibuatnya bila mendengarkan harganya yang semahal itu..

Jangan risau.. hari ini Ctie kongsikan resepi nasi Ayam Penyet baik punya sedap! terlajak sedap dan terlajak power!
Cara membuatnya tak susah mana.. mudah aje kalau korang ikut step by stepnya yang mudah dan ringkas.

Bahannya tak sukar.. Memasaknya pun tak sukar mana.. Masa memasak pun agak cepat dan ringkas.. jika semua bahan dah tersedia.
Bagaimana pula rasanya..?  memang terbaik...! rasanya inilah nasi ayam penyet yang terbaik.. dan resepi yang terbaik..suami pun suka.. suami lagilah bertambah-tambah suka.. yang paling Ctie suka sambal penyetnya.. memang power habis.. sedap sangat..! kena pulalah dengan ayamnya yang perghhhh.. garing di luar lembut di dalam.. bersama keriuk keriuk ayam yang rangup.. kruk.. krak.. kruk.. krak.. kami menikmatinya.. tahu dan tempe.. pun terbaik.. memang berbaloi mencuba.. Kelainannya kali ini nasinya adalah nasi ayam bukan nasi putih.. lagi lah bertambah-tambah suami makan..


Macam mana dah tak sabar nak mencuba!
Jom kita bersilat di dapur๐Ÿ˜„..


NASI AYAM PENYET PALING SEDAP!

Sebelum mulakan Ctie nak bagi tahu bahawa, ayam untuk hidangan ini perlu di perap semalaman bersama rempah ratus sebelum di goreng. Ia supaya ramuan dan rempah ratus tu menyerap dalam daging ayam. Tapi bagi korang yang nak cepat, perap 2 atau 3 jam pun ok!


Ayam yang telah di perap.

Bahan-bahan Untuk Perapan Ayam :
6 ketul Ayam ~ 1 ekor Ayam ni yang di potong 12 Bahagian (Al maklumlah makan berdua dng suami aje. Jadi Ctie kurangkan ayam)
Cuci ayam bersih-bersih. Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Ctie tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

 Bahan Perapan :
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum.

1/2 sudu besar serbuk kari

1/2 sudu besar kunyit serbuk
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
* sedikit air untuk mengisar
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
1/4 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Caranya : 
Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. 
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!

Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Korang boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.


Bila dah perap bolehlah di goreng. Korang boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..! Yummy๐Ÿ˜„


Tahu & Tempe yang siap di perap

Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. korang campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu korang renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
Jika tak suka ayam yang di celup tepung korang boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi.
* sebelum goreng ayam, Ctie ingatkan korang supaya goreng tahu dan tempe dahulu. Baki minyak tu nanti boleh goreng ayam. 

Dah pun siap ayam, sekarang masak nasi pula.
Jom lihat bahan untuk nasi pula.

Bahan-bahan Untuk Nasi Ayam :
2 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
2 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
Air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul

Caranya :

Cairkan butter


Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum


Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit. 


Kemudian pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik dan baru masukkan air rebusan ayam.
Perasakan dengan garam.
Boleh juga masukkan kiub ayam, Ctie tak masukkan sebab masa rebus ayam dah masukkan kiub ayam. 
Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna.

Ok nasi pun dah siap. Jom kita sediakan sup pula.

Bahan Untuk Sup Ayam :
Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan

Caranya :
Baki air rebusan ayam tadi separuh buat masak nasi dan separuh lagi buat sup.
Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.



Ayam dah siap, nasi dah siap, tempe dan tahu pun dah goreng, sup pun dah masak sekarang nak sediakan sambal power ni pulak ya.

Bahan Untuk Sambal Penyet :
Untuk resepi ni anda boleh gunakan semua cili padi atau cili hijau dan cili merah. Ctie gunakan cili hijau & cili merah.

1 tangkai cili hijau
8 tangkai cili merah
6 biji bawang merah ~ hiris
3 biji bawang putih ~ hiris
3 biji tomato ~ belah 4 (Ctie guna tomato ceri. Gunakan stok yg ada dlm peti ais)
3 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi



Caranya :

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur.


Bahan yang dah di goreng hingga layur

Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti perahkan jus limau..
Dah siap๐Ÿ˜‹

Ok..semua dah siap. Ayam Penyet, Nasi Ayam, Kuah Sup & Sambal Penyet Power๐Ÿ˜‹. Senang kan?? Bahan yang di gunakan pun senang di dapati. Bahan basic yang korang gunakan seharian di rumah. 


Tararrrr...dah siap. 

Maaf la jika cara deco pada pinggan tidak secantik di kedai๐Ÿ˜„. Ala Ctie hias ikut suka.. Untuk makan sendiri aje.
Jadi apa lagi....cuba lah buat.. Insyaallah menjadi.๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Selamat Berbuka Puasa 
Selamat Menjamu Selera


 

Subscribe

Popular Posts