Pages

3 Sept 2018

Kuih Lapis Pandan


KUIH LAPIS PANDAN CTIE BAKERY'S

Bila sebut pasal selera memang bukan boleh di buat main..ye lah bila tekak teringin atau mengidamkan sesuatu makanan tu pasti kita seboleh-bolehnya akan cuba penuhi permintaan tekak kita๐Ÿ˜, begitu jua dengan Ctie, tak lepas dari rasa mengidam mengalahkan orang mengandung pula.

Sebut hal mengidam ni Ctie teringin sangat nak makan Kuih Lapis. Kalau dengar benda yang diidamkan tak lah susah nak mencarinya. Pagi-pagi pergi aje atau singah aje pada gerai-gerai yang menjual kuih muih pasti ada jual kuih lapis. Tapi selera Ctie ni agak pelik, bila beli kuih ada aje yang tak kene..keras lah...kurang itu ini lah..hmmm...bukan cerewet tapi kadang-kadang yang menjual ni sekadar nak buat duit aje tanpa memikirkan selera dan rasa pelanggan. Bukan nak salahkan sesiapa, Ctie juga merupakan peniaga dalam industri makanan tapi ctie seboleh mungkin cuba buat yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan Ctie..kalau boleh ikutlah prinsip yang selalu Ctie pegang "BERNIAGA BIAR IKLAS, RASA BIAR SEIRING DENGAN SELERA PELANGGAN" Insyaallah..kalau kita trus meniaga berdasarkan prinsip ini, pasti perniagaan kita akan terus maju dan berkembang. 

Wah..panjang lebar Ctie membebel ye๐Ÿ˜ญ. Ok, sebenarnya Ctie nak share resepi KUIH LAPIS PANDAN yang Ctie buat. Sebab dah lama tak mengKUIH, jadi teringin juga la membuat memandangkan tekak Ctie pun teringin sangat nak makan kuih lapis. Resepi yang ada dalam simpanan Ctie memang sedia ada, tapi Ctie ni jenis suka godek-godek resepi orang lain dan salah satu sumber yang Ctie akan rujuk adalah pada 'PAK CIK GOOGLE' bermacam resepi dan cara ada kat pak cik Google, tapi korang kene pastikan resepi yang korang ambil tu adalah resepi yang terbaik.. kadang-kadang ada juga resepi dari Google yang sukatannya tak betul..last sekali hasilnya MENYEDIHKAN dah la buat banyak, habis semua membazir..rugi duit..rugi masa...alamatnya ke tong sampah lah jawabnya๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Dekat sini Ctie kongsikan satu resepi Kuih Lapis yang MARVELLOUS, yang Ctie ambil dari https://daridapur.com/resepi-kuih-lapis-sukatan-cawan/ alhamdulillah..Ctie berani sarankan resepi Kuih Lapis yang terbaik. Ini adalah sebab Ctie sendiri telah cuba buat mengunakan resepi ini. Cuma untuk resepi ini Ctie telah olahkan sedikit mengikut selera Ctie dengan tambahan perasa pandan. Ok jom tengok apa bahan yang diperlukan untuk penyediaan KUIH LAPIS PANDAN.

Untuk resepi kali ini sukatan bahan-bahan resepi kuih lapis adalah dalam sukatan cawan bagi memudahkan kerja korang (dah tak perlu nak timbang-timbang๐Ÿ˜) selain tu resepi ini juga di lebihkan penggunaan Tepung Beras. Kebanyakkan resepi penggunaan tepung gandum yang banyak digunakan. Tak perlu risau hasil kuih dengan tepung beras juga amat lembut, gebu dan sedap.

Tips : 
1. Gunakan cawan yang sama tuk setiap sukatan
2. supaya loyang yang digunakan tidak melekat adalah  
    sapukan minyak masak di sekeliling loyang dan 
    alaskan dengan baking paper @ cling wrap supaya  
    kuih senang dikeluarkan.
3. untuk elakkan air jatuh ke dalam kuih, letakkan tuala 
    di sekeliling permukaan pengukus sebelum tutup
    Anda juga boleh buka penutup pengukus setiap 10 
    minit untuk pastikan permukaan kuih lapis menjadi 
    licin & cantik.
4. Bila dah masak , sejukkan sehingga betul-betul sejuk. 
    Barulah boleh dipotong cantik. Gunakan pisau plastik 
    atau sapu sedikit minyak zaitun pada pisau besi untuk 
    dapatkan potongan yang kemas dan lurus elok.

KUIH LAPIS PANDAN

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat

Bahan B
1 1/4 cawan gula pasir yang diblend jika tiada gula halus
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan-di simpul

Cara Membuatnya
Pertama: Masukkan bahan-bahan B ke dalam periuk dan panaskan atas api serdahana & sentiasa kacau, pastikan sehingga gula larut sepenuh. Bila gula telah larut, tutup api dan rehatkan seketika sehingga adunan menjadi suam.

Kedua: Satukan semua bahan A dalam mangkuk lain. Kacau rata semua bahan A dan mula masukkan bahan B tadi ke dalam bahan A dan teruskan kacau sehingga sebati . Untuk dapatkan tekstur kek lapis yang cantik dan licin, tapis adunan. 

Ketiga:  Bahagikan adunan kepada dua @ tiga bahagian (ikut korang nak letak berapa banyak warna) dan letak pewarna serta perisa yang anda mahukan . Untuk kali ini pewarna hijau apple dengan perisan pandan serta putih tanpa apa-apa perisa.Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Guna api sederhana ya.

Keempat:  Masukkan sukatan satu cawan adunan kuih lapis ke dalam pengukus dan kukus sekejap sekitar 4-5 minit tuk satu lapisan. Ulang langkah ini dengan adunan satu lagi sehingga selesai. Untuk lapisan terakhir sekali di bahagian atas , kukus selama 20 minit dengan tutup pengukus dan bila dah masak , buka penutup dan kukus lagi 10 minit supaya wap air  kering dan anda akan dapat kuih yang cantik lapisannya serta lambat basi. Dah masak sejukkan dan bila kuih sudah sejuk baru boleh potong. 

Untuk loyong Ctie gunakan loyang bulat yang ada lubang di tengahnya. Nak pakai loyang petak biasa pun boleh. Apa-apa loyang pun boleh. Ikut korang lah๐Ÿ˜๐Ÿ˜











Kuih Lapis pandan yang telah di potong. Cantikkan๐Ÿ˜„ apa lagi boleh lah di nikmati dengan secawan teh, kopi mahupun air milo. Dah boleh buat sarapan pagi ataupun Hi-tea dengan keluarga dan kawan-kawan.


2 Sept 2018

Kenali Jenis-Jenis Tepung Yang Ada Di Pasaran & Kegunaannya Dalam Masakan Harian

Assalammmualaikum....

Di kesempatan ini ctie nak kongsikan sedikit mengenai jenis-jenis tepung yang ada di pasaran, ramai yang bertanya nak buat kuih atau kek, tepung mana yg sesuai? Jadi di sini ctie kongsikan jenis-jenis tepung yang dapat menjadi rujukan buat semua.

Terdapat banyak jenis tepung yang dijual di pasaran. Malah ada diantaranya yang anda sendiri pun tidak pernah jumpa dan guna. Kalau nak tahu, semua tepung-tepung ini mempunyai fungsi serta kegunaanya yang tersendiri. Ada yang sesuai untuk masakan, kuih muih, kek , roti dan sebagainya. Antara yang ada dijual ialah:

 

JENIS-JENIS TEPUNG DI PASARAN

 

1. TEPUNG SERBA GUNA 

  • Tepung serbaguna ialah tepung yang sesuai untuk semua jenis masakan. 

2. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI 

  • Tepung berprotein tinggi sesuai untuk membuat roti kerana tepung ini mempunyai daya menganjalnya agak tinggi membuatkannya lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap gluten yang tinggi. 

3. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH 

  • Tepung berprotein rendah pula lebih sesuai digunakan untuk membuat kuih pau & roti kukus. 

foto: Getty Images

 

4. TEPUNG GANDUM 

  • Tepung gandum biasa banyak dipasarkan secara komersial dan selalu digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Fungsinya sama dengan tepung serbaguna. 

5.  TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR 

  • Tepung naik sendiri ialah tepung yang mengandungi kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Sesuai digunakan untuk membuat kek. 

6. TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR 

  • Tepung Superfine juga dikenali dengan nama soft flour. Tekstur tepung ini halus seperti tepung naik sendiri tetapi tidak mengandungi bahan penaik didalamnya seperti self raising flour.Tepung ini dikategori dalam tepung low protien.

7. TEPUNG ROSE 

  • Tepung ini mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut . Biskut yang diperbuat dengan menggunakan tepung ini akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut yang diperbuat dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. 

 8. TEPUNG HONG KONG 

foto: Cooking With May Lynn/ Youtube

  • Tepung Hong Kong ialah sejenis tepung yang digunakan untuk membuat pau. Ia juga dikenali dengan nama Water Lily Flour dan berwarna sangat putih. 

9. TEPUNG PULUT 

  • Tepung pulut mempunyai rupa seakan tepung beras namun ia mengandungi 100% beras merah asli. Ia kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna. 

10. TEPUNG WHOLEMEAL 

  • Tepung gandum tulen juga dikenali dengan nama tepung atta. Ia mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, roti atau muffin yang dihasilkan akan mempunyai tekstur yang agak berat. 

11. TEPUNG KASTAD 

  • Selain mewangikan, tepung kastad berfungsi untuk merapatkan tekstur kek. Tepung ini juga menjadi bahan penting dalam penghasilan untuk cream puff dan pudding. 

12.  TEPUNG UBI 

  • Tepung ubi berfungsi untuk meliatkan adunan dan selalu digunakan dalam penghasilan kuih muih. 

13. TEPUNG JAGUNG 

foto: thegraciouswife.com

  • Tepung jagung berfungsi sebagai agen pemekat dan jika digunakan untuk gorengan atau biskut, ia akan menghasilkan bahan gorengan dan biskut yang rangup. 

 

Ada banyak lagi tepung-tepung yang ada dijual di pasaran seperti Tepung Kentang, Tepung Optima dan beberapa lagi yang kita sendiri belum pernah cuba guna. Oleh itu, sebelum membeli, kenal pasti jenis serta kegunaan agar masakan anda menjadi dan tidak tersilap bahan.

23 May 2018

Nasi Ayam Penyet Paling Sedap!

Alhamdulillah..hari ini genap 1 minggu umat islam mengerjakan ibadah puasa bagi tahun 2018. Bermakna ini adalah tahun ke-2, Ctie berpuasa tanpa arwah abah. Al-Fatihah buat arwah abah, semoga abah tenang di sisi pencipta kita. Insyaallah suatu hari kita pasti bertemu di sana. Ok, kita lupakan kisah sedih, yang hidup perlu meneruskan hidup “life must go on” . 

Seperti mana tahun-tahun lepas Ctie lebih suka masak sendiri juadah berbuka, dan Alhamdulillah telah 2 tahun Ctie bebas daripada mengunjungi Bazar Ramadhan. Bukan kedekut keluarkan duit, tapi Ctie & En.suami tak suka membazir. Yelah kadang-kadang makanan yang di beli tidak menepati kehendak selera kita. Jadi untuk  mengelakkan pembaziran dari segi wang, mahupun makanan, Ctie & suami memilih untuk masak sendiri. Bila kita masak sendiri terserlah sejuta kepuasan. Di samping itu, kita dapt berbakti pada suami dengan masakkan yang kita masak dari tangan sendiri. Bak kata perpatah “Masakkan seorang IBU / ISTERI adalah makanan yang terbaik di dunia” 

Bila tiba bulan puasa aje mulakan timbul kegusaran pada ibu-ibu dan para isteri-isteri. Setiap hari sentiasa memikirkan nak masak apa untuk juadah berbuka nanti. Begitu juga dengan Ctie, tidak terkecuali. Jadi, tekak Ctie hari ini nak merasa masakkan dari Negara jiran kita, iaitu INDONESIA. Maka, terhasil lah resepi NASI AYAM PENYET PALING SEDAP VERSI CTIE BAKERYS.

Nasi Ayam Penyet adalah makanan khas Indonesia dari daerah Jawa Timur. Pada asalnya makanan ini dibuat dari tempe yang direndam dalam air kaldu dengan bumbu garam dan ketumbar. Tempe tersebut kemudian digoreng dan setelah masak disajikan dengan sambal. Lama kelamaan makan ini telah di olah, di tambah pula dengan ayam dan ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi dan sambal.
Kini ianya cukup popular, bukan sahaja di Indonesia, malahan telah menambat hati rakyat Malaysia.

Kebiasannya bila kita makan di kedai, set hidangan Nasi Ayam Penyet adalah ayam penyet, sambal penyet, tahu dan tempe penyet bersama ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi putih. Nasi ayam penyet ini kesedapannya pula banyak bergantung kepada sambalnya, ayamnya yang di perap dengan rempah dan tahu serta tempe yang juga di goreng berempah. Jika kurang sedap rasa sambalnya maka kurang umpph! lah nasi ayam penyet tersebut.


Banyak kedai makanan yang menghidangkan nasi ayam penyet. Harganya pula dari RM 6.00 hingga ada yang mencecah RM 10.00 untuk satu set hidangan lengkap. Wow! boleh tahan juga harganya kan.. bagi yang makan bersendirian tak jadi masalah.. tapi bagaimana pula dengan mereka yang besar keluarganya.. pasti tercekik leher dibuatnya bila mendengarkan harganya yang semahal itu..

Jangan risau.. hari ini Ctie kongsikan resepi nasi Ayam Penyet baik punya sedap! terlajak sedap dan terlajak power!
Cara membuatnya tak susah mana.. mudah aje kalau korang ikut step by stepnya yang mudah dan ringkas.

Bahannya tak sukar.. Memasaknya pun tak sukar mana.. Masa memasak pun agak cepat dan ringkas.. jika semua bahan dah tersedia.
Bagaimana pula rasanya..?  memang terbaik...! rasanya inilah nasi ayam penyet yang terbaik.. dan resepi yang terbaik..suami pun suka.. suami lagilah bertambah-tambah suka.. yang paling Ctie suka sambal penyetnya.. memang power habis.. sedap sangat..! kena pulalah dengan ayamnya yang perghhhh.. garing di luar lembut di dalam.. bersama keriuk keriuk ayam yang rangup.. kruk.. krak.. kruk.. krak.. kami menikmatinya.. tahu dan tempe.. pun terbaik.. memang berbaloi mencuba.. Kelainannya kali ini nasinya adalah nasi ayam bukan nasi putih.. lagi lah bertambah-tambah suami makan..


Macam mana dah tak sabar nak mencuba!
Jom kita bersilat di dapur๐Ÿ˜„..


NASI AYAM PENYET PALING SEDAP!

Sebelum mulakan Ctie nak bagi tahu bahawa, ayam untuk hidangan ini perlu di perap semalaman bersama rempah ratus sebelum di goreng. Ia supaya ramuan dan rempah ratus tu menyerap dalam daging ayam. Tapi bagi korang yang nak cepat, perap 2 atau 3 jam pun ok!


Ayam yang telah di perap.

Bahan-bahan Untuk Perapan Ayam :
6 ketul Ayam ~ 1 ekor Ayam ni yang di potong 12 Bahagian (Al maklumlah makan berdua dng suami aje. Jadi Ctie kurangkan ayam)
Cuci ayam bersih-bersih. Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Ctie tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

 Bahan Perapan :
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum.

1/2 sudu besar serbuk kari

1/2 sudu besar kunyit serbuk
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
* sedikit air untuk mengisar
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
1/4 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Caranya : 
Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. 
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!

Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Korang boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.


Bila dah perap bolehlah di goreng. Korang boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..! Yummy๐Ÿ˜„


Tahu & Tempe yang siap di perap

Baki perapan ayam atau tahu atau tempe tu.. korang campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
Baki adunan tepung mengoreng ayam tu korang renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
Jika tak suka ayam yang di celup tepung korang boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi.
* sebelum goreng ayam, Ctie ingatkan korang supaya goreng tahu dan tempe dahulu. Baki minyak tu nanti boleh goreng ayam. 

Dah pun siap ayam, sekarang masak nasi pula.
Jom lihat bahan untuk nasi pula.

Bahan-bahan Untuk Nasi Ayam :
2 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
2 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
sedikit butter
secubit garam
Air rebusan ayam ~ sukatan air ni bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan di simpul

Caranya :

Cairkan butter


Tumiskan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum


Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit. 


Kemudian pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik dan baru masukkan air rebusan ayam.
Perasakan dengan garam.
Boleh juga masukkan kiub ayam, Ctie tak masukkan sebab masa rebus ayam dah masukkan kiub ayam. 
Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna.

Ok nasi pun dah siap. Jom kita sediakan sup pula.

Bahan Untuk Sup Ayam :
Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan

Caranya :
Baki air rebusan ayam tadi separuh buat masak nasi dan separuh lagi buat sup.
Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.



Ayam dah siap, nasi dah siap, tempe dan tahu pun dah goreng, sup pun dah masak sekarang nak sediakan sambal power ni pulak ya.

Bahan Untuk Sambal Penyet :
Untuk resepi ni anda boleh gunakan semua cili padi atau cili hijau dan cili merah. Ctie gunakan cili hijau & cili merah.

1 tangkai cili hijau
8 tangkai cili merah
6 biji bawang merah ~ hiris
3 biji bawang putih ~ hiris
3 biji tomato ~ belah 4 (Ctie guna tomato ceri. Gunakan stok yg ada dlm peti ais)
3 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi



Caranya :

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur.


Bahan yang dah di goreng hingga layur

Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti perahkan jus limau..
Dah siap๐Ÿ˜‹

Ok..semua dah siap. Ayam Penyet, Nasi Ayam, Kuah Sup & Sambal Penyet Power๐Ÿ˜‹. Senang kan?? Bahan yang di gunakan pun senang di dapati. Bahan basic yang korang gunakan seharian di rumah. 


Tararrrr...dah siap. 

Maaf la jika cara deco pada pinggan tidak secantik di kedai๐Ÿ˜„. Ala Ctie hias ikut suka.. Untuk makan sendiri aje.
Jadi apa lagi....cuba lah buat.. Insyaallah menjadi.๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Selamat Berbuka Puasa 
Selamat Menjamu Selera


4 Feb 2018

Kek Coklat Moist Hanya 1 Minit Dengan Microwave

ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ 

Semalam selera makan ctie teringin nak makan kek coklat, jadi nak tak nak ctie kena buat juga..sbb selera tengah membuak2 nak makan๐Ÿ˜‚. Memandangkan lebihan cheese ada dalam peti ais daripada ctie biarkan cheese naik kulat baik ctie habiskan...barulah tak membazir.

Resepi kali ni mudah aje..tak perlu bakar & tak perlu nak kotor2 kan dapur. Hanya dengan masa yang tak sampai 5 minit dah siap kek coklat. Pada yg ada microwave tapi tak tahu nak buat apa dng microwave boleh cuba resepi yang ctie sediakan kat bawah. Yelah ramai dah tahu microwave hanya digunakan untuk panaskan masakan sahaja, sebenarnya banyak lagi kegunaan microwave yg kita tak tahu..salah satunya boleh buat kek tau...ok tak pe lain kali Ctie buat penerangan tentang kegunaan microwave ye๐Ÿ˜œ

sekarang kita berbalik semula pada kek coklat tadi..utk pengetahuan korang, anak2 kecil pun boleh buat resepi ni. Ok jom kita tengok resepi & cara buat yg ctie sediakan kat bawah. 

Kek Coklat Microwave Masak 1 Minit

Masa Penyediaan: 1 Minit

Masa Memasak: 1 Minit

Hidangan: 1 Orang

Setting Microwave: High (600W - 700W)

Bahan Kering :

  • 1/4 cawan tepung serbaguna (Ctie pakai tepung naik sendiri)
  • 1 sudu besar serbuk koko (Ctie pakai serbuk dark koko)
  • 1/4 sudu kecil baking powde(kalau guna tepung naik sendiri tak payah letak)
  • 2 sudu besar gula pasir Halus (nak pakai gula perang pun boleh)
  • 1/8 sudu  kecil garam halus
Bahan Basah : 
  • 1/4 cawan + 1 sudu besar susu segar @ air kopi pekat tanpa gula @ air milo kosong @ air putih biasa pun boleh (Ctie guna air kopi)
  • 2 sudu besar minyak sayuran (minyak masak biasa pun boleh)
  • 1 sudu besar Peanut butter jem @ nutella @ emalco coklat / kopi (Ctie letak peanut butter)

Cara Buat :

  • Dalam mangkuk sederhana, campurkan bahan kering.


  • Masukkan bahan basah ke dalam campuran bahan kering tadi dan kacau sehingga sebati hingga tiada ketulan bahan kering.


  • Tuangkan ke dalam mug @ food containers yg boleh digunakan dlm microwave. (Ctie guna food containers)
Ctie guna food containers

  • Kalau anda nak letak bar chocolate, letak la kat tengah-tengah & tekan ke dalam sedikit (Kalau nak buat lava di tengah2 kek)
  • Setkan microwave kepada 70 saat @ 1 -2 minit dan suhu HIGH / 600W - 700W (lain microwave butang function nya juga lain ye, tapi fungsinya tetap sama)
Ni jenis microwave di rumah Ctie

  • Taaadaaaa~ dah Siap!!
Ctie tambah topping Cheese leleh & parutan keju Cheddar.

Tararrrrr...dh siap sekejap aje tak sampai pun 5 minit tau. Satu adunan dapat makan untuk 2 orang...Ctie dng en.suami berdua aja yg makan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Okey korang boleh lah cuba ye..yg mana ada microwave kat umah tapi tak tahu nak guna...nah!!!! Boleh cuba resepi ctie ni... Insyaallah jadi punya๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ Apa lagi!!!! Cubalah buat.

Jangan lupa follow FB Page & Instagram Ctie Bakery's ye๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜œ

 

Subscribe

Popular Posts