Pages

27 Dec 2017

Resepi Pizza Roti Gardenia

PIZZA ROTI SANDWICH GARDENIA (HOMEMADE)
Bahan - bahan :-
6 - 8 keping Roti Sandwich Gardenia
1/2 tin Tomato Puri
Keju Cheddar (Diparut)
3 Keping Keju Cheddar (Slice)
2 Ketul Sosej / Hotdog (Direbus & dipotong bulat2)
1 Keping Dada Ayam (Direbus & dicarik2)
10 Biji Cendawan Butang dlm Tin
1/2 Biji Cili Capsicum (Dihiris Nipis)





7 Nov 2017

Banoffe pie step by step

Assalammmualaikum w.b.t & Selamat bersua kembali😜

Kali ni Ctie tergerak mencuba satu resepi Desert yang agak popular di negara barat. Ctie tergerak nak cuba buat desert ni sbb baru2 ni Ctie ada menonton rancangan tv di channel Astro FYI, nama rancangan tu "Food Porn" hahahaha..lucukan nama rancangannya..dah mcm lucah bunyinya...tapi bukan Ctie nak ajar yg bukan2 ye..xmo..xmo..xmo..dosa tau...yang kat atas tu sentiasa memerhati ye😁. Sebelum kita terus ke resepinya ctie nak bagi sedikit info asal usul banoffee pie, sekadar untuk rujukan dan pengetahuan kita bersama.

Banoffee Pie adalah sejenis English Dessert, yang diperbuat daripada bahan utama iaitu Pisang, Krim & Toffe (toffe diperbuat drpd Susu Pekat yang dididihkan sehingga menjadi karamel atau dulce de leche) nama "Banoffe" sendiri adalah daripada gabungan perkataan 'Banana' & 'Toffe' ia berasal dari daerah Jevington, East Sussex di negara United Kingdom. Dessert ini dicipta oleh 2 orang Chef iaitu Nigel Mackenzie & Ian Dowding dari "The Hungry Monk Restaurant" yg juga merupakan pemilik restaurant tersebut. Selain itu bahan utk base atau tapaknya adalah drpd biskut yang dihancurkan  halus digaul sebati dengan butter @ menggunakan pastry doh. Ada juga sesetengah resepi banoffe yang menambah coklat & kopi di dalam resepi mereka. 

Ciptaan pai itu dituntut oleh Nigel Mackenzie dan Ian Dowding, pemilik dan chef, The Monk Restaurant Hungry di Jevington, East Sussex. Mereka mendakwa telah membangunkan pencuci mulut ini pada tahun 1971 dengan meminda resipi Amerika "Pie Toffee Coffee Blum" dengan toffee lembut yang dibuat dengan mendidihkan susu pekat selama beberapa jam. Selepas mencuba pelbagai perubahan termasuk penambahan epal atau oren. Mackenzie mencadangkan pisang dan Dowding kemudian berkata "kami telah berjaya menciptanya dng bahan yang sesuai". Mackenzie mencadangkan nama "Banoffi Pie", dan hidangannya terbukti sangat popular dikalangan pelanggan mereka, dan setiap pelanggan mendakwa "tidak akan dapat menanggalkan hidangan banoffee, didalam setiap menu dessert mereka"

Resipi itu telah diterbitkan dalam "The Deeper Secrets of the Hungry Monk" pd tahun 1974, dan dicetak semula didalam buku masakan "In Heaven with The Hungry Monk" pada tahun 1997.

Resipi itu telah digunakan oleh kebanyakkan restoran lain di seluruh dunia. Pada tahun 1984, sejumlah pasar raya mula menjualnya sebagai pai Amerika, Nigel Mackenzie turut menawarkan hadiah £10,000 kepada sesiapa sahaja yang boleh membantah tuntutan mereka sebagai pencipta desert English tersebut. 

Ini adalah sedikit sebanyak info yang ctie boleh kongsikan asal usul mengenai Banoffe Pai. Ok lah dah agak panjang penerangan yg ctie bagi, sekarang ctie akan tunjukkan bahan dan cara nak membuatnya secara step by step bg memudahkan korang faham nak membuatnya.

BANOFFE PAI ENGLISH DESSERT 

Bahan Caramel :
1/2 tin Susu Pekat
1 sudu besar Butter / Margerin
50gm Gula Perang Halus 

Cara Buat Caramel :
Masak gula perang & butter atas api dapur yang perlahan, sentiasa kacau supaya tidak hagus, kacau sehingga gula cair & larut, kemudian masukkan susu pekat dan kacau sehingga mendidih dan karamel pekat. Setelah masak ketepikan & biar karamel sejuk.
Ni karamel yg ctie dah buay. Maaf ctie lupa nak ambk gambar masa proses membuatnya😂😂


Bahan Kerak / Base :
200gm Biskut Cream Crackers (dihancurkan @ dikisar halus)
50gm Butter (yang di lembutkan dng suhu bilik)
50gm Kacang Badam @ Kacang Tanah (yang dipanggang terdahulu & dikisar halus) 

Cara Buat Kerak / Base :
Panaskan oven suhu 170 darjah Calcius. 
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga semua bercampur dan sebati. Kemudian masukkan dalam loyang atau bekas aluminium. Tekap-tekapkan adunan kerak sehingga padat.
Kerak yang telah siap di tekap padat. Ctie gunakan bekas aluminium bersize tinggi 9" x lebar 6" x tinggi 2 inch. 

Bakar dalam oven selama 10 minit dng suhu 170 darjah Calcius. Dah masak, sejukkan kerak dalam peti sejuk.

Bahan Krim Kastard :
Adalah seperti gambar di bawah,

Cara Buat Krim Kastard :
Satukan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga pekat di atas api serdahana. Sentiasa kacau utk mengelakkan Kastard hangus. 

Masak Kastard sehingga pekat. Ala-ala mcm nak buat kuih talam Kastard tu. Pekat mcm dalam gambar ni ye. Setelah kastard masak biarkan kastard sejuk.

Bahan Krim & Hiasan :
200gm Whipping Cream 
Pisang (ikutlah berapa banyak korang nak letak)
Coklat Masakan (yang disagat)
Keju Cheddar (yg ni xda pun xpe. Ctie letak sbb ctie suka cheese & kebetulan stock cheese ada dlm peti ais😁)

Cara Buat Krim & Cara Susunan Banoffe Pai :

1. Pukul whipping cream dan krim kastard hingga kental. Nak tahu kental mcm mana? Bila korang terbalikkan bekas adunan, krim tu tak jatuh atas kepala korang. Kalau jatuh tu maknanya belum kental lg.
2. Bila krim dah kental masukkan karamel, kalau tak suka nk manis sangat korang bubuh separuh aje karamel tu, dan pukul sekejap, bagi semua bercampur.
3. Gambar 3 tu krim dah siap dan sedia utk di hias sahaja.
4. Potongan pisang ikut cara korang lah..nak potong senget2, bulat2 atau panjang2. Ikut korang lah😜


5. Ambil kerak yang telah disejukkan, sapukan krim pada kerak jng bnyk sngat agak2 ye sbb korang nak melapis lg nnt. 
6. Kemudian susun pisang seperti dalam gambar. Susunan tu xpenting sangat ikut cara korang lah nak susun mcm mana.
7. Kemudian letakkan krim dan ratakan, lakukan proses berulang2 krim, pisang, krim semula, pisang dan seterusnya. Agak2 dah penuh bekas la. Bekas yg ctie guna dapat membuat sbnyk 2 lapisan pisang & 2 lapisan krim. Kira dah ok mcm ni😀.
8. Kemudian taburkan coklat yang telah korang sagat tadi. Ctie tambah cheddar cheese. Sbb ctie pengemar cheese. Kalau tak ada pun tak pe.
9. Kemudian sejukkan Banoffe Pai dlm peti sejuk kurang2 dlm 2 jam. Lg sejuk lagi sedap makan. Dah sejuk boleh hidangkan, tambah 1 scope ais krim vanilla...fuhhhhh... nikmatnya😜😜.

Senang aje nak buat Banoffee Pai ni..apa yang penting rajin & malas aje. Kalau rajin jd lah...xrajin senang aje.. WhatsApp Ctie Bakery's & order aje😜😜. Ok lah apa2 pun ctie harap korang dpt lah sedikit sebanyak info & ilmu yg ctie kongsikan ini. Untuk kita sama2 belajar. Akhir kata selamat mencuba. Kalau nak tanya apa2 soalan atau lain2 resepi korang tinggalkan aje kat ruangan komen tu. Insyaallah nnt ctie balas setiap pertanyaan korang & jng lupa follow Page FB & Instagram Ctie Bakery's.

29 Apr 2017

Birthday Cakes by Ctie Bakery's

Fresh Cream & Coklat Ganache

 
    

 
   

 
   

Untuk Tempahan,
WA Ctie Bakery's 0133970684

27 Apr 2017

Kek Record Player

Record Player Cake for Issey
Tempahan daripada Fan Club Geng Issey, 
Pengacara TV3 & Penyampai Radio Hot FM (DJ Radio) 

 
   

Feedback dari pelanggan (Issey HotFM)
 

 
Terima kasih, next time boleh order lg😀😀😀

Untuk Tempahan,
WA Ctie Bakery's 0133970684


 
 

25 Apr 2017

Birthday Celebration for husband

Birthday Cake untuk suami😀
 
    

HINDARILAH ROKOK. Tapi rokok yang ini boleh, sebab ada rasa coklat dan fresh cream😀😀😀

Tempahan kek sebegini untuk suami anda???
WA Ctie Bakery's 0133970684

20 Apr 2017

Cara buat Cinnamon Rolls (Breads)

Assalammualaikum....

Bersua kita lagi di ruangan resepi ini, baru-baru ini ctie teringin nak membuat roti, memandangkan agak lama juga ctie tak meROTI😂. Jadi 2 hari lepas ctie mula buat project meroti, ingatkan sebelum petang roti siap, last2 tengah malam juga roti cinnamon rolls siap.

Bangun aje pagi dengan semangat yg berkobar-kobar nak mulakan project, sekali bila buka stock dalam pantri..aduhai kecewa sekejap sebab stock muripan dah habis...sob..sob.. (konon2 sedih😂) nak tak nak terpaksa tunda project meroti. Oleh kerana huruf M (malas) besar2 melekat kat dahi & malas nak drive ke kedai(walaupun kedai hanya sejengkal, bak kata org tua😬😬) apalagi cik Ctie pun WhatsApp la en.suami minta tolong dia belikan mauripan bila balik dari kerja nanti. Nampak tak betapa tahan malas nya tu😬. Finally lepas aje en.suami balik & belikan mauripan apa lagi bermula lah project meROTI Cinnamon Rolls.

Kat sini ctie sertakan resepi dan cara2 nak buat Cinnamon Rolls. Sebenarnya tak susah membuatnya, cuma apa yg penting kita nak kene sabar dan berusahan lah (cewah!! Dah mcm pakar motivasi pula) ok tak nak lengah2 lagi jom kita tengok apa bahan2 yg perlu ada utk buat Cinnamon. Untuk bahan2 ctie xsempat nak snap gambar tapi jangan risau semua bahan2 yang senang aje.

CINNAMON ROLLS CTIE BAKERYS 

BAHAN-BAHAN :
3/4 cwn Susu Segar
1/4 cwn Marjerin / butter (suhu bilik)
3 1/4 cwn Tepung Gandum / Tepung Roti
1 peket (11 gram) Yis Segera @ Mauripan 
1/4 cwn Gula Halus
1/2 sudu teh Garam
1/4 cwn Air Suam
1 Biji Telur

BAHAN FILLING ( INTI) :
1 cwn Gula Perang
1 Sudu Besar Serbuk Kayu Manis (nak letak lebih pun boleh😀 ikut suka korang pnya tekak la)
1/2 cwn (115 gram) Marjerin / Butter (suhu bilik)
1/2 cwn Kismis (tapi ctie tak letak, sbb kismis habis stock😂😂)

CARA BUAT BAHAN FILLING :
1. Campurkan semua bahan filling dan gaul rata hingga semua sebati (ctie kacau guna senduk kayu aje)
Macam ini lah rupa bahan filling yang telah siap di adun dengan sebati.

CARA BUAT CINNAMON ROLLS :
1. Satukan Air Suam, Gula Halus dan Yis, Kacau & ketepikan dlm 10 minit supaya yis mengembang.
2. Panaskan susu cair di dalam periuk sehingga timbul buih @ hingga mendidih la, kemudian angkat & masukkan 1/4 cwn marjerin, kacau hingga marjerin cair. Ketepikan dan tunggu sejuk.
3. Di dalam mangkuk adunan, satukan 2 1/4 cwn tepung gandum, garam, telur, adunan yis & adunan susu tadi. Kacau sehingga semua bahan sebati (Guna senduk kayu @ guna tangan pun boleh. Ctie guna tangan aje😀) kemudian baru masukkan lebihan lagi 1 cwn tepung tadi. Uli hingga semuanya sebati & doh tak melekat di tangan anda.
4. Bila doh telah sebati & boleh ditarik-tarik pindahkan doh & uli (ctie uli dengan tangan aje) selama 1/2 jam. 

Tip : Ctie uli doh dengan memasukkan doh kedalam plastik beras. Proses menguli akan lebih mudah dan doh akan menjadi lembut, lagi satu tangan kita pun tak kotor sangat.

Ini lah rupa doh yang telah siap di uli selama 30 minit. Kemudian tutup doh dengan tuala lembab & rehatkan doh selama 30 minit atau sehingga doh 2 kali mengembang dari doh asal.

Keadaan doh yg telah direhatkan selama 30minit & mengembang sbnyk 2 kali ganda. Tumbuk2 kan doh utk membuang anginnya dan boleh lah di uli.

 

Uli doh dengan penguli & jadikan doh seperti dlm gambar, ketebalan doh lebih kurang dlm 0.5mm

 

Kemudian sapu & ratakan bahan FILLING, Seperti gambar di dalam gambar





Kemudian gulungkan doh (ala mcm korang nak gulung sushi tu) kemudian potong adunan lebih kurang dlm setengah inci dah letakkan dalam loyang pembakar (ctie buat cinnamon roll individual jadi ctie letak adunan dlm acuan cupcake) LIHAT VEDIO YG DI SEDIAKAN


 Ini lah rupa cinnamon toll individual yg telah ctie letakkan dlm bekas cupcake. Kemudian rehatkan adunan ini selama lebih kurang 20 ke 30 minit atau hingga doh kembang.

 

Tararrrr....adunan doh cinnamon rolls telah kembang dan sedia di bakar. Sebelum itu panaskan oven selama 15 minit dahulu dng suhu antara 160 ke 180 darjah calcius (kepanasan oven adalah mengikut kepanasan oven anda, lain oven lain tahap kepanasannya, mngikut oven ctie, hanya mengunakan 170 darjah calcius sahaja)


 Done..ini lh rupa akhir cinnamon rolls yg telah siap dibakar. Enjoy your cinnamon rolls. Kalau nak kuah dia korang boleh aje gunakan apa2 kuah glaze atau caramel yg korang suka (tapi ctie suka makan mcm ni aje 😀😀)

Ok, dah tengokkan resepi dan cara2 buat Cinnamon rolls. Jadi akhir kata dari ctie selamat membaking & selamat mencuba😀. 

Keindahan Kek 3D

Assalammualikum...

Agak lama Ctie Bakery's tidak bersiaran di dalam blog. Alhamdulillah hari ini ctie bersiaran dan insyaallah mungkin lepas ini lebih kerap Ctie akan bersiaran. Sepanjang beberap tahun ini banyak kek-kek yang Ctie telah buat dan jual antaranya adalah kek 3D, pelbagai bentuk, pelbagai gaya yang telah Ctie buat. Di bawah adalah antara kek 3D yg bejaya ctie buat buat pelanggan ctie.

Kek 3D buat Perasmian Club Peminat Artis Tash Yong
 
  


Kek 3D R2D2 
   

Pada anda yang inginkan kek-kek 3D boleh hubungi Ctie Bakery's WA 0133970684 
Atau boleh lawatan 
Instagram : ctie_bakerys
Facebook Pages : House of Cakes by CtieBakery's 
 

Subscribe

Popular Posts