Pages

20 Nov 2014

Kek Coklat Pisang

Assalammualaikum......bertemu kita lagi di ruangan kali ini. Di harap semua dalam keadaan sihat hendaknya.

Oleh kerana terlihat pisang tanduk di rumah sepupu, sewaktu ctie melawatnya, tekak ctie terus teringin sangat nak makan pisang...jadi ajak la en.hubby pergi beli pisang. Bila dan sampai rumah idea terus datang.....mcm ada mentol plak di kepala ni...jadi terhasil lah Kek Coklat Pisang.....resepi2 dan cara membuatnya di bawah ye.

BAHAN A
5 Biji Pisang 
1 Cawan Minyak Mazola / Minyak Masak
1 Cawan Gula Halus
4 Biji Telur
1 Sudu Teh Esen Vanilla

BAHAN B
1 1/2 Cawan Tepung Superfine / Gandum
1 Sudu Teh Soda Bicarbonate
1 Sudu Teh Baking Powder
1/2 Cawan Serbuk Koko


CARA MEMBUATNYA :-

1. Lenyekkan pisang sehingga hancur (Gambar 1)
2. Setelah pisang hancur, campurkan pisang dan kesemua BAHAN A kedalam mangkuk. (Gambar 2)
3. Pukul sehingga semua bahan sebati. Sementara itu ayak Tepung Superfine, Baking Powder, Soda Bikarbonate. Kemudian masukkan bahan ayak ke dalam adunan pisang tadi (Gambar 3)
4. Setelah itu bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian adunan pisang tadi di campurkan dengan serbuk koko (Gambar 4)


5. Tuang adunan ke dalam loyang pembakar, adunan di tuang secara selang-seli  (adunan putih dan adunan Koko) sehingga habis.
6. Kemudian ambil lidi dan lorekkan adunan seperti di bawah. Bakar adunan selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 180˚celsius.

7. Akhirnya......beginilah
 

Subscribe

Popular Posts