Pages

10 Dec 2014

Candy Table

Assalammualaikum.....bertemu kita lagi di ruangan kali ini. Sekarang telah menjadi ikutan dalam kehidupan seharian kita...di mana ada majlis di situ adanya "candy table" tak kiralah majlis harijadi, majlis cukur jambul atau kesyukuran, majlis kawen atau ape jua majlis..candy table pasti ada disetiap majlis-majlis ini. Ini di gelar trend di masa sekarang ini.
Jadi disini ctie ingin maklumkan bahawa ctie juga ada menerima tempahan untuk "candy table" di majlis-majlis anda. Percubaan pertama yg ctie buat baru-baru ini di majlis family ctie, dan sambutan yg ctie dapat amat mengalakkan.

Jadi kija ada yang berminat boleh whatapps ctie untuk sebut harga, pakej, dan manisan yang anada ingini.

20 Nov 2014

Kek Coklat Pisang

Assalammualaikum......bertemu kita lagi di ruangan kali ini. Di harap semua dalam keadaan sihat hendaknya.

Oleh kerana terlihat pisang tanduk di rumah sepupu, sewaktu ctie melawatnya, tekak ctie terus teringin sangat nak makan pisang...jadi ajak la en.hubby pergi beli pisang. Bila dan sampai rumah idea terus datang.....mcm ada mentol plak di kepala ni...jadi terhasil lah Kek Coklat Pisang.....resepi2 dan cara membuatnya di bawah ye.

BAHAN A
5 Biji Pisang 
1 Cawan Minyak Mazola / Minyak Masak
1 Cawan Gula Halus
4 Biji Telur
1 Sudu Teh Esen Vanilla

BAHAN B
1 1/2 Cawan Tepung Superfine / Gandum
1 Sudu Teh Soda Bicarbonate
1 Sudu Teh Baking Powder
1/2 Cawan Serbuk Koko


CARA MEMBUATNYA :-

1. Lenyekkan pisang sehingga hancur (Gambar 1)
2. Setelah pisang hancur, campurkan pisang dan kesemua BAHAN A kedalam mangkuk. (Gambar 2)
3. Pukul sehingga semua bahan sebati. Sementara itu ayak Tepung Superfine, Baking Powder, Soda Bikarbonate. Kemudian masukkan bahan ayak ke dalam adunan pisang tadi (Gambar 3)
4. Setelah itu bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian adunan pisang tadi di campurkan dengan serbuk koko (Gambar 4)


5. Tuang adunan ke dalam loyang pembakar, adunan di tuang secara selang-seli  (adunan putih dan adunan Koko) sehingga habis.
6. Kemudian ambil lidi dan lorekkan adunan seperti di bawah. Bakar adunan selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 180˚celsius.

7. Akhirnya......beginilah

29 Sept 2014

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut

Assalammualaikum.....bertemu kita lagi di ruangan ini. Hari ini ctie ingin menunjukan satu lagi resepi yang ctie rasa agak mudah untuk membuatnya, ok resepinya adalah Kek Gula Hangus atau nama lain Kek Sarang Semut. Ramai yang panggil kek sarang semut mungkin kerana tekstur kek ini berlubang-lubang macam sarang semut....hihihihi.....xkisah lah apa nama yg kita panggil asalkan sedap di makan sudah kira ok.....betul takkkk??? Ok tak nak melalut panjang2 sekarang tengok resepinya ok.
 
Ini cara untuk membuat air gula. Ketika masak air gula gunakan api yg kecil bagi   mengelakan air gula hangus. Jika air gula hangus rasanya akan pahit dan kek anda tentulah pahit kan...xpasal2 ke dalam mulut Tong sampah pulak nanti. Lagi satu ctie nak bg peringatan Kepada anda, setelah air gula cair sepenuhnya dan ketika anda ingin memasukkan air panas kedalam air gula pastikan anda masukkan secara sedikit dahulu, kerana bila air di masukkan ia akan memercik dah akan menyebabkan tangan anda melecur jika tidak berhati-hati.
Setelah air gula siap. Anda di minta sejukkan seketika ye air gula tu. Sementara tu boleh la pukul telur smapai kembang dan campur bahan2 lain seperti susu pekat dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. Macam gambar di bawah ni,
Ok setelah semua sebati masukkan pula tepung gandum yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan Baking powder. Kacau adunan sampai semua bahan sebati. Akhir sekali masukkan air gula yang telah disejukkan tadi sedikit2 dan kacau sampai semua bahan serasi bersama...cewahhh gitu. Lepas tu boleh la masukkan dalam loyang pembakar. Jangan heran kenapa Adunan ni cair??? Jangan Di tambah tepung ye, adunan ni Memang cair dan bila dan bakar dan masak dia akan keras ok....so jangan lah ada risau ok. Sambung balik, bakar adunan anda di dalam oven dng suhu antara 160 -180˚C selama 1 @ 11/4 jam, bergantung pada oven anda ok. Alah atau guna cara lama, cucuk kek anda dng lidi kalau tiada adunan yg melekat pd lidi maknanya dah masak lerrr tu.
Tu diaaaaa......nampak tak...nampak tak???? Kek sarang semut dah jadi...nampak tak sarang2nya itu??? Hihihi....sarang je yg tinggal semutnya dah di halau oleh pest control....hehehe. Senangkan nak buatnya...kalau kat rumah anda tak ada hand mixer tak payah la nak guling2 sangat frush menongeng...hihihihi...guna je blander. tp pastikan blander dah cuci bersih ye..kang pedas pula kek anda. Ok akhir kata selamat mencuba ok.

15 Jan 2014

Swiss Roll Apple Float

Hai all......di sini ctie bakerys nk memperkenalkan satu product baru keluaran ctie bakerys. Swiss Roll Apple Float. Rasai kelazatan swiss roll dan juga fresh apple yg diadun dengan susu dan keju. Ctie Bakerys jamin kepuasan setiap pelanggan. Sesiapa ingin mencuba merasai kenikmataannya boleh tempah ye. Jng lupa contact ctie ok. Cepat2 order untuk merasainya.

Berat : 500 gram
Harga : RM15.00 sahaja.

Swiss Roll Apple Float

Lihat...so creamy nya. 
Cepat2 pm Ctie Bakerys. Pasti anda berpuas hati dng product terbaru keluaran Ctie Bakerys
 

Subscribe

Popular Posts