Pages

3 Sept 2018

Kuih Lapis Pandan


KUIH LAPIS PANDAN CTIE BAKERY'S

Bila sebut pasal selera memang bukan boleh di buat main..ye lah bila tekak teringin atau mengidamkan sesuatu makanan tu pasti kita seboleh-bolehnya akan cuba penuhi permintaan tekak kita😝, begitu jua dengan Ctie, tak lepas dari rasa mengidam mengalahkan orang mengandung pula.

Sebut hal mengidam ni Ctie teringin sangat nak makan Kuih Lapis. Kalau dengar benda yang diidamkan tak lah susah nak mencarinya. Pagi-pagi pergi aje atau singah aje pada gerai-gerai yang menjual kuih muih pasti ada jual kuih lapis. Tapi selera Ctie ni agak pelik, bila beli kuih ada aje yang tak kene..keras lah...kurang itu ini lah..hmmm...bukan cerewet tapi kadang-kadang yang menjual ni sekadar nak buat duit aje tanpa memikirkan selera dan rasa pelanggan. Bukan nak salahkan sesiapa, Ctie juga merupakan peniaga dalam industri makanan tapi ctie seboleh mungkin cuba buat yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan Ctie..kalau boleh ikutlah prinsip yang selalu Ctie pegang "BERNIAGA BIAR IKLAS, RASA BIAR SEIRING DENGAN SELERA PELANGGAN" Insyaallah..kalau kita trus meniaga berdasarkan prinsip ini, pasti perniagaan kita akan terus maju dan berkembang. 

Wah..panjang lebar Ctie membebel ye😭. Ok, sebenarnya Ctie nak share resepi KUIH LAPIS PANDAN yang Ctie buat. Sebab dah lama tak mengKUIH, jadi teringin juga la membuat memandangkan tekak Ctie pun teringin sangat nak makan kuih lapis. Resepi yang ada dalam simpanan Ctie memang sedia ada, tapi Ctie ni jenis suka godek-godek resepi orang lain dan salah satu sumber yang Ctie akan rujuk adalah pada 'PAK CIK GOOGLE' bermacam resepi dan cara ada kat pak cik Google, tapi korang kene pastikan resepi yang korang ambil tu adalah resepi yang terbaik.. kadang-kadang ada juga resepi dari Google yang sukatannya tak betul..last sekali hasilnya MENYEDIHKAN dah la buat banyak, habis semua membazir..rugi duit..rugi masa...alamatnya ke tong sampah lah jawabnya😭😭

Dekat sini Ctie kongsikan satu resepi Kuih Lapis yang MARVELLOUS, yang Ctie ambil dari https://daridapur.com/resepi-kuih-lapis-sukatan-cawan/ alhamdulillah..Ctie berani sarankan resepi Kuih Lapis yang terbaik. Ini adalah sebab Ctie sendiri telah cuba buat mengunakan resepi ini. Cuma untuk resepi ini Ctie telah olahkan sedikit mengikut selera Ctie dengan tambahan perasa pandan. Ok jom tengok apa bahan yang diperlukan untuk penyediaan KUIH LAPIS PANDAN.

Untuk resepi kali ini sukatan bahan-bahan resepi kuih lapis adalah dalam sukatan cawan bagi memudahkan kerja korang (dah tak perlu nak timbang-timbang😝) selain tu resepi ini juga di lebihkan penggunaan Tepung Beras. Kebanyakkan resepi penggunaan tepung gandum yang banyak digunakan. Tak perlu risau hasil kuih dengan tepung beras juga amat lembut, gebu dan sedap.

Tips : 
1. Gunakan cawan yang sama tuk setiap sukatan
2. supaya loyang yang digunakan tidak melekat adalah  
    sapukan minyak masak di sekeliling loyang dan 
    alaskan dengan baking paper @ cling wrap supaya  
    kuih senang dikeluarkan.
3. untuk elakkan air jatuh ke dalam kuih, letakkan tuala 
    di sekeliling permukaan pengukus sebelum tutup
    Anda juga boleh buka penutup pengukus setiap 10 
    minit untuk pastikan permukaan kuih lapis menjadi 
    licin & cantik.
4. Bila dah masak , sejukkan sehingga betul-betul sejuk. 
    Barulah boleh dipotong cantik. Gunakan pisau plastik 
    atau sapu sedikit minyak zaitun pada pisau besi untuk 
    dapatkan potongan yang kemas dan lurus elok.

KUIH LAPIS PANDAN

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
2 cawan santan pekat

Bahan B
1 1/4 cawan gula pasir yang diblend jika tiada gula halus
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun pandan-di simpul

Cara Membuatnya
Pertama: Masukkan bahan-bahan B ke dalam periuk dan panaskan atas api serdahana & sentiasa kacau, pastikan sehingga gula larut sepenuh. Bila gula telah larut, tutup api dan rehatkan seketika sehingga adunan menjadi suam.

Kedua: Satukan semua bahan A dalam mangkuk lain. Kacau rata semua bahan A dan mula masukkan bahan B tadi ke dalam bahan A dan teruskan kacau sehingga sebati . Untuk dapatkan tekstur kek lapis yang cantik dan licin, tapis adunan. 

Ketiga:  Bahagikan adunan kepada dua @ tiga bahagian (ikut korang nak letak berapa banyak warna) dan letak pewarna serta perisa yang anda mahukan . Untuk kali ini pewarna hijau apple dengan perisan pandan serta putih tanpa apa-apa perisa.Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Guna api sederhana ya.

Keempat:  Masukkan sukatan satu cawan adunan kuih lapis ke dalam pengukus dan kukus sekejap sekitar 4-5 minit tuk satu lapisan. Ulang langkah ini dengan adunan satu lagi sehingga selesai. Untuk lapisan terakhir sekali di bahagian atas , kukus selama 20 minit dengan tutup pengukus dan bila dah masak , buka penutup dan kukus lagi 10 minit supaya wap air  kering dan anda akan dapat kuih yang cantik lapisannya serta lambat basi. Dah masak sejukkan dan bila kuih sudah sejuk baru boleh potong. 

Untuk loyong Ctie gunakan loyang bulat yang ada lubang di tengahnya. Nak pakai loyang petak biasa pun boleh. Apa-apa loyang pun boleh. Ikut korang lah😝😝











Kuih Lapis pandan yang telah di potong. Cantikkan😄 apa lagi boleh lah di nikmati dengan secawan teh, kopi mahupun air milo. Dah boleh buat sarapan pagi ataupun Hi-tea dengan keluarga dan kawan-kawan.


2 Sept 2018

Kenali Jenis-Jenis Tepung Yang Ada Di Pasaran & Kegunaannya Dalam Masakan Harian

Assalammmualaikum....

Di kesempatan ini ctie nak kongsikan sedikit mengenai jenis-jenis tepung yang ada di pasaran, ramai yang bertanya nak buat kuih atau kek, tepung mana yg sesuai? Jadi di sini ctie kongsikan jenis-jenis tepung yang dapat menjadi rujukan buat semua.

Terdapat banyak jenis tepung yang dijual di pasaran. Malah ada diantaranya yang anda sendiri pun tidak pernah jumpa dan guna. Kalau nak tahu, semua tepung-tepung ini mempunyai fungsi serta kegunaanya yang tersendiri. Ada yang sesuai untuk masakan, kuih muih, kek , roti dan sebagainya. Antara yang ada dijual ialah:

 

JENIS-JENIS TEPUNG DI PASARAN

 

1. TEPUNG SERBA GUNA 

  • Tepung serbaguna ialah tepung yang sesuai untuk semua jenis masakan. 

2. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI 

  • Tepung berprotein tinggi sesuai untuk membuat roti kerana tepung ini mempunyai daya menganjalnya agak tinggi membuatkannya lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap gluten yang tinggi. 

3. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH 

  • Tepung berprotein rendah pula lebih sesuai digunakan untuk membuat kuih pau & roti kukus. 

foto: Getty Images

 

4. TEPUNG GANDUM 

  • Tepung gandum biasa banyak dipasarkan secara komersial dan selalu digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Fungsinya sama dengan tepung serbaguna. 

5.  TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR 

  • Tepung naik sendiri ialah tepung yang mengandungi kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Sesuai digunakan untuk membuat kek. 

6. TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR 

  • Tepung Superfine juga dikenali dengan nama soft flour. Tekstur tepung ini halus seperti tepung naik sendiri tetapi tidak mengandungi bahan penaik didalamnya seperti self raising flour.Tepung ini dikategori dalam tepung low protien.

7. TEPUNG ROSE 

  • Tepung ini mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut . Biskut yang diperbuat dengan menggunakan tepung ini akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut yang diperbuat dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. 

 8. TEPUNG HONG KONG 

foto: Cooking With May Lynn/ Youtube

  • Tepung Hong Kong ialah sejenis tepung yang digunakan untuk membuat pau. Ia juga dikenali dengan nama Water Lily Flour dan berwarna sangat putih. 

9. TEPUNG PULUT 

  • Tepung pulut mempunyai rupa seakan tepung beras namun ia mengandungi 100% beras merah asli. Ia kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna. 

10. TEPUNG WHOLEMEAL 

  • Tepung gandum tulen juga dikenali dengan nama tepung atta. Ia mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, roti atau muffin yang dihasilkan akan mempunyai tekstur yang agak berat. 

11. TEPUNG KASTAD 

  • Selain mewangikan, tepung kastad berfungsi untuk merapatkan tekstur kek. Tepung ini juga menjadi bahan penting dalam penghasilan untuk cream puff dan pudding. 

12.  TEPUNG UBI 

  • Tepung ubi berfungsi untuk meliatkan adunan dan selalu digunakan dalam penghasilan kuih muih. 

13. TEPUNG JAGUNG 

foto: thegraciouswife.com

  • Tepung jagung berfungsi sebagai agen pemekat dan jika digunakan untuk gorengan atau biskut, ia akan menghasilkan bahan gorengan dan biskut yang rangup. 

 

Ada banyak lagi tepung-tepung yang ada dijual di pasaran seperti Tepung Kentang, Tepung Optima dan beberapa lagi yang kita sendiri belum pernah cuba guna. Oleh itu, sebelum membeli, kenal pasti jenis serta kegunaan agar masakan anda menjadi dan tidak tersilap bahan.

 

Subscribe

Popular Posts