Pages

21 Nov 2013

KEK CAWAN VANILLA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog....Hari ini Ctie nak berkongsi sedikit tentang resepi KEK CAWAN VANILA.....kalau anda semua nak memcuba sendiri di rumah pun boleh...klau tak nak atau malas nak beli bahan boleh aje order pada Ctie Bakery's...hihihi...sempat lagi Ctie membuat promosi ye...ok lah ctie taknak cerita panjang-panjang, mari kita lihat bahan2 nk membuat kek cawan ini.....

Bahan-Bahannya :-

175 gram Marjerin / Butter
175 gram Gula Kastor
175 gram Tepung Naik Sendiri / Tepung Superfine / Tepung Kek /Tepung Gandum
3 Biji Telur (Gred A)
1 Sudu Teh Serbuk Vanilla
1 Sudu Teh Baking Powder

Cara Membuatnya :-

1. Pukul Marjerin / Butter, Gula Kastor & Telur sehingga sebati, tak perlu kembang sangat. Pukul sama ada guna tangan atau guna mixer selama 1 minit. jangan terlebih pukul pula.

Macam ini lah keadaan apabila telah di pukul sebati...Ctie guna tangan sahaja.

2. Ayakkan tepung bersama serbuk vanila & baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan yang telah di pukul sebati tadi.

Adunan yang telah di masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk vanila dan baking powder.

Beginilah rupa adunan setelah di gaul sebati

3. Setelah adunan sebati, masukkan kedalam acuan kertas kek cawan seperti gambar di bawah.

Adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan kertas kek cawan

4. Bakar adunan selama 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 Darjah Calcius. Untuk mengetahui kek anda sudah masak atau belum, bila anda tekan kek anda ke dalam ia akan naik semula, itu menandakan bahawa kek anda sudah masak. ataupun lagi senang pakai ada cake tester.


 Inilah hasilnya setelah kek anda siap.

5. Boleh lah di hias ikut citarasa masing-masing dan bolehlah di hidangankan.

Senangkan membuatnya, jadi SELAMAT MEMCUBA.

0 comments:

Post a Comment

 

Subscribe

Popular Posts