Pages

26 Dec 2013

Kuih Dorayaki

Assalammualaikum pembuka bicara.
Bertemu kita lagi di ruangan RESEPI kali ini. Ok di sini Ctie nak bagi 1 lg resepi kuih. Iaitu Kuih Dorayaki...kuih kegemaran Doremon......semua mesti pernah menonton cerita doremon kan???? Jadi inilah resepi kuih yg amat doremon gemari. Ok jom lihat bahan-bahannya.
 
 
KUIH DORAYAKI
 
Bahan-bahannya :


3 Biji Telur
125 gm Gula Pasir
140 gm Tepung Gandum
1/2 Sudu Teh Baking Powder
1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
 
 
Cara Membuatnya
  
1. Pukul telur bersama gula pasir menggunakan whisk dalam 5 minit. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau dengan spatula. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
 
2. Biarkan aduna sebentar selama 10 minit.
 
3. Sediakan kuali dan panaskan dengan api yang sangat perlahan.
 
4. Tuangkan adunan menggunakan senduk kecil, biarkan sehingga naik gelembung dan agak kuning.
 
5. Bila bahagian bawah telah masak, alihkan adunan sebentar dan angkat dari kuali.
 
6. Sejukkan kuih dorayaki yang telah masak dan isikan dengan inti kacang merah atau jem kegemaran anda.

 
Senangkan???? Jadi selamat mencuba....inilah rupa Kuih dorayaki yang telah siap.

 
 
P/S : Jangan lupa lika page Facebook Ctie "House of Cakes by Ctie Bakery's" dan follow instagram ctie_bakerys.

0 comments:

Post a Comment

 

Subscribe

Popular Posts