Pages

18 Dec 2013

Kepak Ayam Madu

Lama juga ctie tak update blog...hmmm...bukan ape sejak kebelakangan ini kerja semakin bertambah, maklumlah hujung tahun semua perlu diupdate itu ini. Ok lah sekarang masih lagi cuti sekolah jadi ramai lagi yg masih bercuti kan?....ada yg nak habiskan cuti tahunan masing-masingkan & ada yg nk bawa anak-anak bercuti. Ok lah ctie tak mahu cerita panjang lebar jadi hari ini ctie nak kongsikan resepi masakan yang mudah untuk dibuat...sorry sebab kali ini ctie bukan berkongsi resepi kek tapi berkongsi resepi seharian yg mudah dibuat & cepat...almaklumlah ctie ni bekerja jd semuanya nak express....hihihihihi...ok ini resepinya........resepi Kepak Ayam Madu....tiba2 tekak ctie teringin nak makan kepak ayam jd ctie pergi Tesco beli kepak ayam 4 ketul yg agak besar juga dng harga rm6.30. Ok jom kita tengok apa bahan-bahan nak buat kepak ayam madu :-
 
RESEPI KEPAK AYAM MADU
 
Bahan-bahannya:-

6 Ketul Kepak Ayam
1 Sudu Besar Sos Tiram
1 Sudu Besar Kicap
2 Sudu Besar Madu
1 Sudu Teh Serbuk Kunyit
Sedikit Lada Hitam & Garam Secukupnya
 
 
Cara Membuatnya:-

1) Mula-mula bersihkan kepak ayam dan toskan.

2) Gaulkan kepak ayam bersama dengan semua bahan-bahan di atas. Perapkan selama 1 jam.

3) Setelah 1 jam diperap goreng ayam hingga garing.
4) Angkat dan hidangkan bersama sos cili.
 
 
Senangkan membuatnya, jadi selamat mencuba ok.
 
 
p/s :-
Like us at Facebook : House of Cakes by Ctie Bakery's
Follow us at Instargram : ctie_bakerys

0 comments:

Post a Comment

 

Subscribe

Popular Posts