4 Jan 2019
Resepi Kek Batik Nestum Mudah
3 Sept 2018
Kuih Lapis Pandan
KUIH LAPIS PANDAN CTIE BAKERY'S
Tips :
Kuih Lapis pandan yang telah di potong. Cantikkan😄 apa lagi boleh lah di nikmati dengan secawan teh, kopi mahupun air milo. Dah boleh buat sarapan pagi ataupun Hi-tea dengan keluarga dan kawan-kawan.
2 Sept 2018
Kenali Jenis-Jenis Tepung Yang Ada Di Pasaran & Kegunaannya Dalam Masakan Harian
Assalammmualaikum....
Di kesempatan ini ctie nak kongsikan sedikit mengenai jenis-jenis tepung yang ada di pasaran, ramai yang bertanya nak buat kuih atau kek, tepung mana yg sesuai? Jadi di sini ctie kongsikan jenis-jenis tepung yang dapat menjadi rujukan buat semua.
Terdapat banyak jenis tepung yang dijual di pasaran. Malah ada diantaranya yang anda sendiri pun tidak pernah jumpa dan guna. Kalau nak tahu, semua tepung-tepung ini mempunyai fungsi serta kegunaanya yang tersendiri. Ada yang sesuai untuk masakan, kuih muih, kek , roti dan sebagainya. Antara yang ada dijual ialah:
JENIS-JENIS TEPUNG DI PASARAN
1. TEPUNG SERBA GUNA
- Tepung serbaguna ialah tepung yang sesuai untuk semua jenis masakan.
2. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
- Tepung berprotein tinggi sesuai untuk membuat roti kerana tepung ini mempunyai daya menganjalnya agak tinggi membuatkannya lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap gluten yang tinggi.
3. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
- Tepung berprotein rendah pula lebih sesuai digunakan untuk membuat kuih pau & roti kukus.
4. TEPUNG GANDUM
- Tepung gandum biasa banyak dipasarkan secara komersial dan selalu digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Fungsinya sama dengan tepung serbaguna.
5. TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
- Tepung naik sendiri ialah tepung yang mengandungi kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Sesuai digunakan untuk membuat kek.
6. TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
- Tepung Superfine juga dikenali dengan nama soft flour. Tekstur tepung ini halus seperti tepung naik sendiri tetapi tidak mengandungi bahan penaik didalamnya seperti self raising flour.Tepung ini dikategori dalam tepung low protien.
7. TEPUNG ROSE
- Tepung ini mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut . Biskut yang diperbuat dengan menggunakan tepung ini akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut yang diperbuat dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.
8. TEPUNG HONG KONG
- Tepung Hong Kong ialah sejenis tepung yang digunakan untuk membuat pau. Ia juga dikenali dengan nama Water Lily Flour dan berwarna sangat putih.
9. TEPUNG PULUT
- Tepung pulut mempunyai rupa seakan tepung beras namun ia mengandungi 100% beras merah asli. Ia kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna.
10. TEPUNG WHOLEMEAL
- Tepung gandum tulen juga dikenali dengan nama tepung atta. Ia mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, roti atau muffin yang dihasilkan akan mempunyai tekstur yang agak berat.
11. TEPUNG KASTAD
- Selain mewangikan, tepung kastad berfungsi untuk merapatkan tekstur kek. Tepung ini juga menjadi bahan penting dalam penghasilan untuk cream puff dan pudding.
12. TEPUNG UBI
- Tepung ubi berfungsi untuk meliatkan adunan dan selalu digunakan dalam penghasilan kuih muih.
13. TEPUNG JAGUNG
- Tepung jagung berfungsi sebagai agen pemekat dan jika digunakan untuk gorengan atau biskut, ia akan menghasilkan bahan gorengan dan biskut yang rangup.
Ada banyak lagi tepung-tepung yang ada dijual di pasaran seperti Tepung Kentang, Tepung Optima dan beberapa lagi yang kita sendiri belum pernah cuba guna. Oleh itu, sebelum membeli, kenal pasti jenis serta kegunaan agar masakan anda menjadi dan tidak tersilap bahan.
23 May 2018
Nasi Ayam Penyet Paling Sedap!
Alhamdulillah..hari ini genap 1 minggu umat islam mengerjakan ibadah puasa bagi tahun 2018. Bermakna ini adalah tahun ke-2, Ctie berpuasa tanpa arwah abah. Al-Fatihah buat arwah abah, semoga abah tenang di sisi pencipta kita. Insyaallah suatu hari kita pasti bertemu di sana. Ok, kita lupakan kisah sedih, yang hidup perlu meneruskan hidup “life must go on” .
Seperti mana tahun-tahun lepas Ctie lebih suka masak sendiri juadah berbuka, dan Alhamdulillah telah 2 tahun Ctie bebas daripada mengunjungi Bazar Ramadhan. Bukan kedekut keluarkan duit, tapi Ctie & En.suami tak suka membazir. Yelah kadang-kadang makanan yang di beli tidak menepati kehendak selera kita. Jadi untuk mengelakkan pembaziran dari segi wang, mahupun makanan, Ctie & suami memilih untuk masak sendiri. Bila kita masak sendiri terserlah sejuta kepuasan. Di samping itu, kita dapt berbakti pada suami dengan masakkan yang kita masak dari tangan sendiri. Bak kata perpatah “Masakkan seorang IBU / ISTERI adalah makanan yang terbaik di dunia”
Bila tiba bulan puasa aje mulakan timbul kegusaran pada ibu-ibu dan para isteri-isteri. Setiap hari sentiasa memikirkan nak masak apa untuk juadah berbuka nanti. Begitu juga dengan Ctie, tidak terkecuali. Jadi, tekak Ctie hari ini nak merasa masakkan dari Negara jiran kita, iaitu INDONESIA. Maka, terhasil lah resepi NASI AYAM PENYET PALING SEDAP VERSI CTIE BAKERYS.
Kebiasannya bila kita makan di kedai, set hidangan Nasi Ayam Penyet adalah ayam penyet, sambal penyet, tahu dan tempe penyet bersama ulam-ulaman dan di hidangkan bersama nasi putih. Nasi ayam penyet ini kesedapannya pula banyak bergantung kepada sambalnya, ayamnya yang di perap dengan rempah dan tahu serta tempe yang juga di goreng berempah. Jika kurang sedap rasa sambalnya maka kurang umpph! lah nasi ayam penyet tersebut.
NASI AYAM PENYET PALING SEDAP!
Sebelum mulakan Ctie nak bagi tahu bahawa, ayam untuk hidangan ini perlu di perap semalaman bersama rempah ratus sebelum di goreng. Ia supaya ramuan dan rempah ratus tu menyerap dalam daging ayam. Tapi bagi korang yang nak cepat, perap 2 atau 3 jam pun ok!
Ayam yang telah di perap.
1/2 sudu besar serbuk kari
Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Korang boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tahu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya.
Tahu & Tempe yang siap di perap
Caranya :
Caranya :
Bahan yang dah di goreng hingga layur
Ok..semua dah siap. Ayam Penyet, Nasi Ayam, Kuah Sup & Sambal Penyet Power😋. Senang kan?? Bahan yang di gunakan pun senang di dapati. Bahan basic yang korang gunakan seharian di rumah.